HOSPITAL BEBAS KESAKITAN

 

POLISI BEBAS KESAKITAN

  1. Tahap kesakitan adalah tanda vital.

  2. Tahap kesakitan dinilai pada semua pesakit.

  3. Alat penilaian piawaian kesakitan mestilah digunakan secara konsisten.

  4. Anggota fasiliti perlu memberi perhatian dan mengambil tindakan segera yang bersesuaian kepada aduan kesakitan yang dimaklumkan oleh pesakit.

  5. Anggota kesihatan hendaklah diberi pendidikan berterusan serta peka mengenai penilaian dan pengurusan tahap kesihatan.

 PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL BEBAS KESAKITAN

  1. Hospital ini akan memastikan anda bebas daripada kesakitan.

  2. Kami berjanji akan merawat semua keadaan kesakitan termasuk yang berpunca dari penyakit akut, perubatan, pembedahan, trauma, kanser dan sakit bersalin.

  3. Kesakitan anda akan diberi perhatian segera dan dirawat dalam masa satu jam.

  4. Semua pesakit yang mengalami kesakitan akan dinilai dan dirawat oleh kakitangan professional terlatih bagi kesakitan akut, matlamat kami adalah untuk mencapai tahap kesakitan kurang daripada 4.

  5. Pengurusan kesakitan akan diberi secara individu dengan menggunakan kaedah pemberian ubat dan bukan ubat termasuk perubatan tradisional dan komplementari.

  6. Warga professional hospital akan sentiasa memantau tahap kesakitan dan keselesaan anda semasa berada di hospital.

Perasmian Pain Free di Hospital Sungai Siput.

Pain Free Ruler

Bunting yang dipamerkan di Hospital Sungai Siput.

 


Cetak