PENGENALAN

  • Unit Patologi Hospital Sungai Siput sebelum ini dikenali sebagai makmal kaji penyakit. Unit patologi adalah sebuah unit sokongan yang menyediakan dan menawarkan perkhidmatan diagnostik yang sesuai dengan perkhidmatan klinikal hospital ini.
  • Unit patologi Hospital Sungai Siput adalah di peringkat II B. Hospital Sungai Siput merupakan hospital tanpa pakar yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit luar dan pesakit dalam.

VISI DAN MISI

VISI

Menyediakan perkhidmatan diagnostik yang komprehensif, tepat dan berkualiti untuk meningkatkan taraf kesihatan demi menepati kehendak pelanggan.

MISI

  • Memberikan perkhidmatan diagnostik dan transfusi yang optima, sempurna dan berkesan secara menyeluruh sambil berusaha untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan demi mencapai status kesihatan optima untuk semua golongan masyarakat.
  • Peningkatan kualiti dan produktiviti dengan amalan budaya penyayang, berpasukan dan profesionalisme demi menepati kehendak pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  1. Memberi layanan mesra, cekap dan perkhidmatan penuh bertanggungjawab.
  2. Ujian Makmal akan dibuat mengikut peraturan yang bertetapan dengan kualiti kawalan.
  3. Membekalkan darah yang selamat dan zero defect dalam transfusion error.
  4. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  5. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  6. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

LOKASI UNIT PATOLOGI

Unit Patologi terletak berhadapan dengan Wad Melor dan Wad Kenanga 3 dan bersebelahan dengan Unit CSSU. Kedudukan yang strategik memudahkan pesakit untuk mengambil darah berdasarkan tanda arah yang dipaparkan.

MATLAMAT

  1. Memastikan semua anggota makmal melazimkan diri dan dapat mematuhi system kualiti yang didokumen dan cekap melaksanakan tugas.
  2. Setiap spesimen akan dikendalikan dan diuji mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan.
  3. Kesilapan ‘sifar’ dalam pembekalan darah dan komponennya.
  4. Mencapai > 90% ujian Full Blood Count (FBC) segera/STAT disiapkan dalam masa 45 minit selepas diterima di makmal.
  5. Memastikan kadar penolakan spesimen makmal < 2.5% daripada jumlah terimaan spesimen di kaunter makmal.
  6. Memastikan 100% jumlah pemberitahuan nilai kritikal (CV) ujian makmal dalam tempoh < 30 minit selepas keputusan dikeluarkan.
  7. Mensasarkan 80% daripada keputusan kawalan mutu luaran bagi setiap kitaran adalah di dalam julat yang ditetapkan.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan yang komprehensif, cekap dan berkualiti kepada pelanggan.
  • Memberikan perkhidmatan transfusi darah yang mencukupi dan selamat.
  • Sentiasa mengekalkan mutu perkhidmatan yang tinggi dan ‘zero defect’ dalam perkhidmatan transfusi darah

SKOP PERKHIDMATAN

Unit Patologi dan Transfusi Hospital Sungai Siput (tanpa Pakar Patologi) memberi perkhidmatan dalam bidang – bidang seperti:

  • Patologi kimia (Biokimia)
  • Mikrobiologi dan parasitologi (Klinikal)
  • Kaji darah (Hematologi)
  • Penabungan darah (Transfusi)

Perkhidmatan ini merangkumi Wad – wad, Dewan Bedah, Klinik Pakar Perubatan, Unit Pesakit Luar dan Unit Hemodialisis, termasuk klinik kesihatan kerajaan dan klinik-klinik swasta. Bagi ujian yang tidak ditawarkan, spesimen akan dihantar ke makmal rujukan seperti  Makmal Kesihatan Awam Ipoh (MKAI), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Putrajaya (HPj), Hospital Ampang dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Sungai Buloh.

WAKTU PERKHIDMATAN

 Operasi perkhidmatan Unit Patologi adalah pada waktu pejabat dan bertugas atas panggilan (oncall) untuk selepas waktu pejabat adalah seperti berikut:

      Waktu pejabat

  • Isnin – Khamis: 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Jumaat:  8.00 pagi – 5.00 petang

     Selepas waktu pejabat

  • Isnin – Jumaat: 5.00 petang – 8.00 pagi         

     Hari minggu & cuti umum

  • Sesi Pagi: 8.00 pagi – 8.00 malam
  • Sesi Malam: 8.00 malam – 8.00 pagi

Cetak  
Image

Hakcipta Terpelihara © 2020 Hospital Sungai Siput.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1328 x 768, pelayar Mozilla Firefox Terkini .

Kemaskini Terakhir : Isnin 27 Februari 2023, 07:38:03.

1093088 (34)

 

online casino malaysia xe88 apk pussy888 joker123 super 8 ways ultimate 918kiss mega888 viagra malaysia

Seksyen Orang Awam

Maklumat Am
Lain-Lain
FASILITI KESIHATAN NEGERI PERAK

Seksyen Swasta

Seksyen Warga HSS

Maklumat Am HSS
Program/Aktiviti HSS
Perkhidmatan Atas Talian
  • SiSPAA - Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  • MYCPD  - Online Monitoring Of Continuing Professional Developemet
  • ePatuh - Sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
  • GPIS  - Government Procurement Information System
  • BPFK- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM
  • S3PK - Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan
  • e-Measles - Sistem Maklumat Siasatan Measles
  • Fosim Domestik- Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik
  • Portal HRMIS - Sistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
  • NDR - National Diabetes Registry
  • Laporan Tahunan
  • Buletin Farmasi
  • Buletin Kejururawatan
  • Polisi Hospital Sungai Siput
        Klik Untuk Download
Image
  • Borang
  • Pekeliling ICT
  • Pekeliling Kewangan
        Klik Untuk Download
Image
SeksyenMediaKesihatan
SeksyenPautanPantas
SeksyenIntranet
Jom Klik ! - Perkhidmatan, Kemudahan fasiliti serta Jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkesan dapat disalurkan kepada orang awam.
SeksyenDataTerbuka

Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Data Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Perak - klik sini

No events
Tender & Sebutharga