PENGENALAN

Unit ini diwujudkan pada tahun 2005 dengan tujuan untuk berfungsi sebagai penggerak bagi implementasi program kualiti di Hospital Sungai Siput. Kewujudan unit ini berikutan dengan saranan Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pekeliling Bil (35) dlm KKM bertarikh 30hb Januari 2002 yang menyatakan setiap hospital utama dikehendaki menubuhkan Unit Sokongan Sekretariat Kualiti.  Sebagai  salah satu  unit sokongan pengurusan, unit ini bertanggungjawab sebagai urusetia bagi program kualiti di peringkat hospital.

Dengan kerjasama serta sokongan daripada Pengurusan Hospital Sungai Siput dan semua unit-unit, unit ini melaksanakan pelbagai program peningkatan kualiti di hospital seperti Program Quality Assurance/ Quality Improvement termasuklah Hospital Specific Approach (HSA) dan National Indicator Approach(NIA). Di antara aktiviti-aktiviti yang dipantau adalah NIA/KPI, HPIA, Incident Reporting, POMR/PNMR, OSHA, KIK, Patient Safety Goals, Patient Satisfaction, Infection Control, CME, CNE, Innovations, Credentialing dan Privileging, MS ISO/ Akreditasi, Latihan Budaya Korperat, Pengurusan Aduan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.  Unit ini juga berjaya meneruskan kelangsungan penganjuran Bengkel QA/QI pada setiap tahun.

 Terdapat 44 aktiviti-aktiviti kualiti yang dikehendaki oleh jawatakuasa penyelaras yang telah dilantik. Pembentangan aktiviti kualiti telah dibuat secara berperingkat semasa Mid Term Review dan Mesyuarat Kualiti.

VISI, MISI & OBJEKTIF  

      VISI

          Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap, efisyen dan berkualiti.

       MISI

           Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, komprehensif, selamat dengan   semangat berpasukan dan profesionalisme.

      OBJEKTIF

  • Untuk memastikan semua aktiviti kualiti yang merangkumi aktiviti peningkatan kualiti KKM dijalankan dan dipantau dengan sempurna.
  • Menyelaras sistem dokumentasi bagi semua aktiviti-aktivit peningkatan kualiti.
  • Menganalisa pencapaian semua aktivit peningkatan kualiti mengikut standard yang ditetapkan dan dihasilkan dalam masa setahun.
  • Menjadi sumber rujukan dan simpanan maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti hospital.

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

 Unit Kualiti menyediakan perkhidmatan seperti:

  1. Mengawasi perlaksanaan dan memantau semua aktiviti peningkatan kualiti seperti yang ditetapkan oleh KKM.
  2. Mengenalpasti dan menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti melalui laporan “shortfall in quality” dan tindakan penambahbaikan yang telah diambil.
  3. Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital.
  4. Mengumpul data aktiviti peningkatan kualiti untuk dianalisa dan menyediakan laporan.
  5. Menyebarkan maklumat berkaitan aktiviti peningkatan kualiti.
  6. Merancang dan melatih anggota hospital dalam perlaksanaan aktiviti kualiti.
  7. Mengendalikan dan mengurus urusan serta aktiviti berkaitan pengauditan dan servei yang dijalankan samada dalaman dan luaran.
  8. Membantu penyediaan unit yang terlibat dalam Akreditasi Hospital, Pertandingan Kaunter Cemerlang dan Pertandingan ‘Healthy Setting’ hospital.

Cetak  
Image

Hakcipta Terpelihara © 2020 Hospital Sungai Siput.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1328 x 768, pelayar Mozilla Firefox Terkini .

Kemaskini Terakhir : Jumaat 12 Ogos 2022, 08:04:59.

1072372 (96)

 

online casino malaysia xe88 apk pussy888 joker123 super 8 ways ultimate 918kiss mega888 viagra malaysia

Seksyen Orang Awam

Maklumat Am
Lain-Lain
FASILITI KESIHATAN NEGERI PERAK

Seksyen Swasta

Seksyen Warga HSS

Maklumat Am HSS
Program/Aktiviti HSS
Perkhidmatan Atas Talian
  • SiSPAA - Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
  • MYCPD  - Online Monitoring Of Continuing Professional Developemet
  • ePatuh - Sistem Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT
  • GPIS  - Government Procurement Information System
  • BPFK- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM
  • S3PK - Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan
  • e-Measles - Sistem Maklumat Siasatan Measles
  • Fosim Domestik- Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia Untuk Domestik
  • Portal HRMIS - Sistem  Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
  • NDR - National Diabetes Registry
  • Laporan Tahunan
  • Buletin Farmasi
  • Buletin Kejururawatan
  • Polisi Hospital Sungai Siput
        Klik Untuk Download
Image
  • Borang
  • Pekeliling ICT
  • Pekeliling Kewangan
        Klik Untuk Download
Image
SeksyenMediaKesihatan
SeksyenPautanPantas
SeksyenIntranet
Jom Klik ! - Perkhidmatan, Kemudahan fasiliti serta Jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkesan dapat disalurkan kepada orang awam.
SeksyenDataTerbuka

Apa Itu Data Terbuka

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan Negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengambil tindakan mengenalpasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap perkhidmatan jabatan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Data Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Perak - klik sini

No events
Tender & Sebutharga