PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat merupakan satu unit kecil  yang ditubuhkan di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Sungai Siput dan mula beroperasi pada Oktober 2009. Unit ini terdiri daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F44 yang ditugaskan untuk menjaga hal-hal yang berkaitan dengan Sistem KKM, peralatan ICT, khidmat nasihat ICT dan membantu dari segi teknikal berkenaan dengan Teknologi Maklumat. Lokasi Unit Teknologi Maklumat terletak di Pejabat Pentadbiran dan berhampiran dengan Unit Kewangan, Hospital Sungai Siput.

VISI & MISI UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Warga Yang Prihatin Akan Menjadi Warga Yang Bermaklumat

OBJEKTIF UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Memastikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkualiti dan berterusan dalam urusan pengurusan dan pentadbiran Hospital Sungai Siput.

CARTA ORGANISASI

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

  • Menyelaras dan menguatkuasa polisi keselamatan ICT KKM serta didokumentasikan dengan baik di Hospital Sungai Siput agar semua staf memahami Polisi Keselamatan ICT KKM
  • Memantau pengoperasian Sistem Maklumat Aplikasi Teras / Aplikasi Generik yang digunakan di Hospital Sungai Siput agar berfungsi dengan baik.
  • Mentadbir penggunaan Emel MyGovUC di Hospital Sungai Siput agar penggunaan email rasmi jabatan dapat digunakan dengan baik dan berkesan.
  • Membangunkan Laman Web Rasmi Hospital Sungai Siput untuk memberi kemudahan kepada staf dan orang awam mengakses maklumat berkaitan dengan Hospital Sungai Siput.
  • Memantau dan menyelenggara rangkaian internet di Hospital Sungai Siput agar berfungsi dengan baik.
  • Mentadbir urus keperluan perolehan perkakasan, perisian ICT dan rangkaian internet di Hospital Sungai Siput serta membuat permohonan peruntukan kepada pihak yang berkenaan untuk membolehkan pengguna mendapat perkakasan, perisian ICT dan rangkaian internet daripada KKM.
  • Menyelaras aktiviti pemasangan, pengujian dan pentauliahan, perisian dan perkakasan ICT di Hospital Sungai Siput agar berfungsi dengan baik.
  • Menguruskan dan melaksana aktiviti installasi perisian dan penyelenggaraan perkakasan ICT di Hospital Sungai Siput agar beroperasi dengan baik.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana kursus, taklimat serta latihan pembudayaan ICT di Hospital Sungai Siput supaya pendedahan mengenai ICT dapat disalurkan kepada semua staf.
  • Memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal ICT serta menyelaras aduan berkenaan ICT di Hospital Sungai Siput agar semua masalah ICT dapat diselesaikan dengan berkesan.
  • Membangun persembahan multimedia seperti iklan, flyers, banner, bunting, slaid multimedia serta video interaktif agar program yang dijalankan di Hospital Sungai Siput berjalan lancar.