Badan Kebajikan Islam Perubatan (BAKIP)

Badan Kebajikan Islam Perubatan (BAKIP) , Hospital Sungai Siput telah ditubuhkan oleh staf Hospital Sungai Siput sendiri sejak tahun Hospital Sungai Siput beroperasi. Badan ini ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan staf dan keluarga dari segi kebajikan, pelajaran anak-anak staf dan sebagai medium perantaraan untuk penganjuran majlis-majlis yang berunsur islamik di Hospital Sungai Siput.

Pelbagai aktiviti yang telah dirangka untuk membangunkan BAKIP sepanjang tahun, antaranya ialah ;

1. Insentif/ Saguhati Untuk Anak-Anak Staf Yang Cemerlang Di Dalam Peperiksaan UPSR/PMR/SPM.

2. Kuliah Agama Bulanan.

 

3. Majlis Khatam Al-Quran (Kerjasama Bersama Jawatankuasa Mesra Ibadah HSS).

 

4. Majlis Memasak Bubur Lambuk.

5. Majlis Berbuka Puasa.

6. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

7. Majlis Memasak Bubur Asyura.

  

8. Ceramah Perdana.

 

9. Gotong Royong Membersihkan Surau.

 

10. Menziarahi Staf Yang Uzur.

  

11. Majlis Bacaan Yasin.

  

12. Program Berkhatan.

 

13. Program Kemasyarakatan.

  • Derma/Sumbangan Pakaian Terpakai Kepada Penduduk Orang Asli Yang Berdekatan.

  • Program Berbuka Puasa Bersama Penduduk Orang Asli.

 

  • Program Mewakafkan Al-Quran.

  • Program Sedekah Telekung Kepada Pelajar Orang Asli.

 

  • Sumbangan Keluarga Staf Yang Meninggal Dunia.