Unit Fisioterapi

PENGENALAN

Unit Pemulihan Fisioterapi (Physiotherapy Department) terletak di bangunan Rehabilitasi bersebelahan Dewan CME Hospital Sungai Siput. Berkongsi ruang dengan Unit Pemulihan Carakerja.

Unit Fisioterapi adalah salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di Hospital Sungai Siput. Ianya mula beroperasi pada 3.7.2002.

Unit ini terdiri daripada seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U29 , tambah seorang lagi Jurupulih Perubatan FisioterapU29 pada 1.10.2014seorang, Pembantu Perawatan Kesihatan(PPK) U11.

Unit ini memberikan perkhidmatan pemulihan fizikal, dan mental kepada pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh pakar dan doktor dari hospital kerajaan serta klinik kesihatan. Perkhidmatan Fisioterapi ini diberikan setiap hari Isnin hingga hari Jumaat pada waktu pejabat. Unit ini ditutup pada cuti am, hari Sabtu dan Ahad.

VISI

Menyampaikan Perkhidmatan Fisioterapi yang cemerlang,berteknologi tinggi dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat ke arah meningkatan kualiti hidup.

MISI

Komited menyediakan Perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan dan cost-effective serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan Budaya Korporat

SKOP PERKHIDMATAN

Merawat Pesakit Luar

  1. Setiap pesakit yang mendapatkan rawatan fisioterapi perlu dirujuk dari

         pakar/pegawai perubatan.

  • Menerima surak rujukan dari pakar/ pegawai perubatan dari hospital  

         kerajaan/ hospital swasta.

1.2.   Mendaftar pesakit ke dalam buku pendaftaran pesakit.

1.3.   Menerima bayaran rawatan mengikut Akta Fee 1982.

1.4.   Menjalankan rawatan mengikut tatacara berikut.

1.4.1. Membuat penilaian.

1.4.2. Merancang program rawatan.

1.4.3. Memberi penerangan yang jelas mengenai rawatan yang akan diberi.

1.4.4. Memberi rawatan yang diperlukan.

1.4.5. Penilaian semula.

1.4.6. Mendokumentasikan segala maklumat.

1.4.7. Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit.

  • Mengatur temujanji susulan mengikut keperluan rawatn dan kemudahan

           pesakit.

  • Membuat laporan maklumbalas kepada pegawai perubatan.
  • Pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di Unit ini akan dirujuk ke hospital yang sesuai.
  • Setiap individu akan diberi perkhidmatan selama 20 minit hingga 1 jam.

Merawat Pesakit Dalam (Wad)

  1. Pesakit yang memerlukan rawatan fisioterapi akan dirujuk dan penilaian kondisi pesakit akan dilakukan untuk merancang program rawatan yang sesuai. Proses rawatan adalah seperti berikut:-
  1. Menerima surat rujukan dari wad yang berkenaan dan yang ditandatangani oleh pakar/ pegawai perubatan.
  1. Membuat penilaian/ merancang program rawatan/mendokumentasikan segala butiran ke dalam kad laporan pesakit(BHT).
  1. Mendaftar pesakit ke dalam buku pendaftaran pesakit dalam selepas menerima rawatan pertama.
  1. Memberi pendidikan perawatan pesakit berterusan kepada kakitangan/ anggota perubatan hospital serta ahli keluarga pesakit.
  1. Memberi temujanji susulan mengikut keperluan rawatan pesakit.

WAKTU PERKHIDMATAN UNIT FISIOTERAPI

Isnin hingga Khamis - 8.00 pagi- 5.00 petang    

                            -1.00- 2.00 petang (Rehat)

Jumaat                  - 8.00 pagi- 5.00 petang

                           -12.15- 2.45 petang (Rehat)

PERKHIDMATAN YANG DIBERI

Merawat kes-kes seperti berikut:-

  • Muskuloskeletal
  • Kardiorespiratori
  • Kecederaan saraf tunjang
  • Kecederaan sukan
  • Paediatrik
  • Neurologi
  • Kesihatan wanita