PENGENALAN
Unit Pemulihan Carakerja Hospital Sungai Siput terletak di Bangunan Rehabilitasi bersebelahan Dewan CME Hospital Sungai Siput. Ianya juga berkongsi ruang dengan Unit Pemulihan Anggota (Fisioterapi).
Unit ini mula beroperasi pada 16hb April 2009. Anggaran belanjawan mengurus untuk menempatkan Jurupulih Perubatan Carakerja U29 di Hospital Sungai Siput diluluskan pada 5hb Ogos 2008. Kekosongan perjawatan Jurupulih Perubatan Carakerja U29 telah diisi pada 16hb Mac 2009.
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan utama Unit Pemulihan Carakerja:
- Menjalankan penilaian kefungsian fizikal, mental dan sosial.
- Merancang rawatan pemulihan bernilai terapeutik.
- Menjalankan intervensi:
- Kepada pesakit yang terdiri daripada kanak-kanak, dewasa dan warga emas.
- Skop perkhidmatan ini melibatkan aspek promotif, preventif dan rehabilitatif.
Perkhidmatan rawatan pemulihan umum yang dijalankan adalah seperti:
- Pemulihan disfungsi fizikal
- Pemulihan kes kanak-kanak
- Pemulihan kes ortopedik
- Pemulihan kes perubatan dan pembedahan
- Pemulihan psikiatri
- Pemulihan geriatric
Tujuan utama Perkhidmatan Pemulihan Carakerja adalah merupakan salah satu perkhidmatan rawatan pemulihan dengan menggunakan aktiviti terapeutik bagi membantu pesakit yang mengalami masalah ketidakupayaan fizikal, psikologikal dan sosial supaya dapat kembali berdikari ke tahap optima dalam Activity Daily Living, Work dan Leisure.
SKOP PERKHIDMATAN
BIL |
MODALITI RAWATAN |
1. |
Activities of Daily Living Assessment and Training |
2. |
Motor and Functional Assessment and Training |
3. |
Cognitive and Perceptual Assessment and Training |
4. |
Pre-School Assessment and Training |
5. |
Wheelchair Assessment and Training |
6. |
Driving Assessment & Training |
7. |
Work and Vocational Assessment and Training |
8. |
Home/Work Place/School Assessment |
9. |
Developmental Assessment and Training |
10. |
Behaviour Management |
11. |
Aids and Adaptation |
12. |
Compression Therapy |
13. |
Creative Therapy |
14. |
Social Skill Assessment and Training |
15. |
Patient’ and Careers’ Education |
16. |
Play and Leisure (Exploration & Training) |
17. |
Relaxation Therapy |
18. |
Sensory Assessment and Training |
19. |
Splint and Orthotics |
20. |
Lain-lain (Rawatan terkini) |