PENGENALAN
Unit Pengimejan Diagnostik ini terletak bersebelahan dengan Unit Kecemasan dan Unit Pesakit Luar.Unit ini memberikan perkhidmatan radiologi kepada pesakit – pesakit daripada Hospital Sungai Siput dan klinik – klinik kerajaan sekitar Sungai Siput (U). Waktu perkhidmatan adalah seperti berikut:
Isnin – Jumaat |
8.00 pagi - 5.00 petang |
selepas 5.00 petang (On-call) |
|
Sabtu / Ahad / Cuti Umum |
(On-call) |
Perkhidmatan radiologi selepas waktu pejabat atau pada hari cuti hanya disediakan untuk kes-kes kecemasan sahaja.
FUNGSI UTAMA UNIT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK
- Pemeriksaan Radiografi
- Perkhidmatan laporan Pakar Radiologi
- Perkhidmatan mendapat tarikh temujanji bagi pemeriksaan radiologi Khas di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ipoh.
Lima Aktiviti Bagi Fungsi Utama
Fungsi 1 : Pemeriksaan Radiografi
Aktiviti 1 : Pemeriksaan radiografi Am
Aktiviti 2 : Pemeriksaan radiografi khas , iaitu Intravenous Urography (IVU )
Aktiviti 3 : Pemeriksaan radiografi mudahalih (portable) di wad-wad, unit kecemasan dan unit forensik.
Fungsi 2 : Perkhidmatan laporan Pakar Radiologi
Aktiviti 4 : Mendapatkan laporan Pakar Radiologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ipoh.
Fungsi 3 : Perkhidmatan Temujanji Pemeriksaan Radiologi Khas
Aktiviti 5 : Mendapatkan tarikh temujanji untuk pemeriksaan radiologi khas di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ipoh.