• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Pengimejan & Diagnostik

Unit Pengimejan & Diagnostik

PENGENALAN

Unit Pengimejan Diagnostik ini terletak bersebelahan dengan Unit Kecemasan dan Unit Pesakit Luar.Unit ini memberikan perkhidmatan radiologi kepada pesakit – pesakit daripada Hospital Sungai Siput dan klinik – klinik kerajaan sekitar Sungai Siput (U).   Waktu perkhidmatan adalah seperti berikut:

Isnin – Jumaat          

8.00 pagi -   5.00 petang

selepas 5.00 petang (On-call)

Sabtu / Ahad / Cuti Umum

(On-call)

Perkhidmatan radiologi selepas waktu pejabat atau pada hari cuti hanya disediakan untuk kes-kes kecemasan sahaja.

FUNGSI UTAMA UNIT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK

  1. Pemeriksaan Radiografi
  1. Perkhidmatan laporan Pakar Radiologi
  1. Perkhidmatan mendapat tarikh temujanji bagi pemeriksaan radiologi Khas di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ipoh.

Lima Aktiviti Bagi Fungsi Utama

Fungsi 1 : Pemeriksaan Radiografi

Aktiviti 1 : Pemeriksaan radiografi Am

Aktiviti 2 : Pemeriksaan radiografi khas , iaitu Intravenous Urography (IVU )

Aktiviti 3 : Pemeriksaan radiografi mudahalih (portable) di wad-wad, unit kecemasan dan unit forensik.

Fungsi 2 : Perkhidmatan laporan Pakar Radiologi

Aktiviti 4 : Mendapatkan laporan Pakar Radiologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ipoh.

Fungsi 3 : Perkhidmatan Temujanji Pemeriksaan Radiologi Khas

Aktiviti 5 : Mendapatkan tarikh temujanji untuk pemeriksaan radiologi khas di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ipoh.