• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Patologi & Transfusi Darah

Unit Patologi & Transfusi Darah

PENGENALAN

Unit Patologi dan Transfusi Darah merupakan salah satu unit sokongan yang menyediakan dan menawarkan perkhidmatan ujian diagnostik yang sesuai dengan perkhidmatan klinikal di hospital ini. Perkhidmatan disediakan untuk pesakit luar, pesakit dalam (Wad, Klinik Pakar, Unit Hemodialisis dan Unit Kecemasan) dan klinik-klinik kesihatan yang berdekatan (KK Sg. Siput, KK Lintang). Lokasi Unit Patologi dan Transfusi Darah, adalah berhadapan dengan Wad 3 dan Wad 4 serta bersebelahan dengan unit CSSU.

FUNGSI UTAMA

Fungsi utama Unit Patologi dan Transfusi Darah ini adalah memberi perkhidmatan diagnostik yang berkualiti kepada pesakit yang menerima rawatan di hospital ini dan memberikan zero defect dalam perkhidmatan transfusi darah.

Unit ini memberikan perkhidmatan 24 jam yang meliputi tugas dalam waktu pejabat (8.00 pagi – 5.00 petang), dan tugas atas panggilan (5.00 petang – 8.00 pagi) setiap hari Isnin hingga Jumaat. Manakala pada cuti hujung minggu dan hari-hari kelepasan am, staf bertugas hanya secara atas panggilan (on-call).

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan yang komprehensif, cekap dan berkualiti kepada pelanggan.

  2. Memberikan perkhidmatan transfusi darah yang mencukupi dan selamat.

  • Sentiasa mengekalkan mutu perkhidmatan yang tinggi dan zero defect dalam perkhidmatan transfusi darah.

VISI

     Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI

 Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama sama:

         i) untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

  • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan

  • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga

  • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

    ii) untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • mengutamakan pelanggan

  • saksama tidak membebankan

  • cekap wajar mengikut teknologi

  • boleh disesuaikan mengikut persekitaran

  • inovatif

    iii) dengan menekankan:

  • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan

  • sifat menghormati maruah insan

  • penglibatan masyarakat

PIAGAM PELANGGAN UNIT PATOLOGI

  • Memberi layanan mesra, cekap dan perkhidmatan penuh bertanggungjawab.
  • Ujian makmal akan dibuat mengikut peraturan yang bertepatan dengan kualiti kawalan.
  • Membekalkan darah yang selamat dan zero defect dalam transfusion error.
  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

AKTIVITI

 i.    Memberikan Perkhidmatan Tahap Premier kepada pesakit dalam, pesakit luar,
ii.    Klinik Kesihatan (Sungai Siput dan Lintang), Klinik Methadone dan Unit Haemodialisis.
iii.    Menerima, memproses dan menghantar spesimen ke makmal rujukan iaitu ke
iv.    Jabatan Patologi, HRPB, Ipoh, Makmal Kesihatan Awam Jelapang, Jabatan Kesihatan Kimia Ipoh, Pusat Darah Negara, Hospital Kuala Lumpur dan Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur.
v.    Menerima, memproses spesimen-spesimen yang dihantar daripada klinik-klinik
vi.    kesihatan yang berdekatan seperti Klinik Kesihatan Sungai Siput, Klinik Kesihatan
vii.    Lintang dan Jabatan Transit Orang Asli (JHEOA)
viii.    Tempat Latihan Industri untuk pelajar-pelajar diploma dan ijazah daripada
ix.    Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
x.    Mengeluarkan keputusan ujian makmal routine pada hari yang sama dan ujian STAT dalam masa 1 jam.
xi.    Menganjurkan CME berkaitan perkhidmatan patologi seperti peningkatan perkhidmatan Transfusi Darah
xii.    Menawarkan perkhidmatan bagi penderma darah yang ingin menderma darah di Hospital Sungai Siput
xiii.    Menjalankan kempen derma darah bergerak di sekitar daerah Sungai Siput.

AKTIVITI KUALITI

Unit Patologi terlibat dalam Program Kepastian Kualiti iaitu;

  1. Program kawalan mutu harian dalaman untuk setiap bahagian iaitu seksyen Biokimia, Hematologi, Klinikal dan Tabung Darah.

  2. External Quality Assessment Programme (EQAS) Chemistry

  3. RCPA Quality Assessment Programme (RCPAQAP) Coagulation

  4. RCPA Quality Assessment Programme (RCPAQAP) Haematology

  5. National External Quality Assurance for Blood Banking (NEQABB)

  6. External Quality Assurance for Asid Fast Bacili (AFB) dari Makmal Kesihatan Awam (MKA)

  7. Kajian Kepuasan Pelanggan dalaman Unit Patologi dan Transfusi Darah

  8. Laboratory Quality Assurance – National Indicator Approach (NIA-QAP)

  9. Key Performance Indicator & Hospital Performance Indicators of Accountability (KPI & HPIA)