• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Rekod Perubatan

Unit Rekod Perubatan

PENGENALAN

Unit Rekod perubatan adalah merupakan unit sokongan bukan klinikal yang menjadi sumber informasi bagi pembangunan sains perubatan. Unit ini terletak di di bahagian belakang hospital bersebelahan dengan Unit Forensik.

Fungsi utama unit ini adalah seperti berikut;

  • Mengurus rekod perubatan pesakit
  • Menguruskan permohonan laporan perubatan
  • Menyediakan statistik hospital
  • Memasukkan data pesakit ke dalam Sistem Casemix bermula 1 Oktober 2016

OBJEKTIF

Unit Rekod Perubatan akan memastikan 90% laporan perubatan akan disiapkan dalam tempoh 14 hari hari bekerja.

AKTIVITI TERKINI

Mulai 1 Oktober 2016 Hospital Sungai Siput telah terlibat dalam projek Hospital Kluster iaitu sebagai salah satu non-lead hospital antara Hospital Raja Permaisuri Bainun. Selaras dengan penubuhan Hospital Kluster, Bahagian Perkembangan, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah melancarkan Sistem Casemix di mana data yang diambil adalah bermula discaj pada 1 Oktober 2016.

Sepanjang tahun 2016 tiada banyak perubahan dari segi fizikal yang telah dilakukan di Unit Rekod Perubatan. Papan tanda Kaunter Laporan Perubatan di bahagian Kaunter Unit Rekod Perubatan telah diletakkan bagi tujuan memastikan pelanggan hospital tidak keliru di antara Unit Rekod Perubatan dengan Unit Fisioterapi. Di bahagian kaunter juga telah diletakkan loceng bagi memastikan pelanggan tidak menunggu terlalu lama untuk mendapatkan servis walaupun staf sedang membuat tugasan di bahagian belakang unit rekod.

Papan tanda Kaunter Penerimaan Rekod Perubatan Pesakit / X-Ray juga diletakkan di bahagian tempat yang sesuai bagi wad / klinik / unit / jabatan untuk meletakkan rekod pesakit kerana rekod pesakit tidak boleh diletakkan di bahagian Kaunter Laporan Perubatan bagi mengelakkan masalah kehilangan atau kebocoran rahsia rekod pesakit. Hal ini kerana rekod pesakit adalah SULIT.