PENGENALAN
- Unit Teknologi Maklumat merupakan satu unit kecil yang ditubuhkan di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Sungai Siput dan mula beroperasi pada Oktober 2009.
- Unit ini terdiri daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F41 yang ditugaskan untuk menjaga hal-hal yang berkaitan dengan Sistem KKM, peralatan ICT, khidmat nasihat ICT dan membantu dari segi teknikal berkenaan dengan Teknologi Maklumat.
- Lokasi Unit Teknologi Maklumat terletak di Pejabat Pentadbiran dan berhampiran dengan Unit Kewangan, Hospital Sungai Siput.
VISI
- Warga Yang Prihatin Akan Menjadi Warga Yang Bermaklumat
MATLAMAT
- Memastikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkualiti dan berterusan dalam urusan pengurusan dan pentadbiran Hospital Sungai Siput.
FUNGSI-FUNGSI UTAMA
- Menyelaras, menyelenggara dan membangunkan sistem aplikasi yang dapat memenuhi keperluan semasa jabatan.
- Menyelaras pengoperasian ICT di semua unit-unit kecil di Hospital Sungai Siput.
- Merancang dan mengurus rangkaian internet dan keselamatan ICT di Hospital Sungai Siput.
- Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal kepada warga Hospital Sungai Siput.
SKOP PERKHIDMATAN
- Pengurusan Aduan Kerosakan Peralatan ICT
- Pengurusan Penyelenggaraan Perkakasan ICT
- Pengurusan Rangkaian Internet
- Pengurusan Installasi Antivirus
- Pengurusan Penyediaan Persembahan Multimedia
- Pengurusan Kursus Dan Latihan
- Pengurusan Laman Web Hospital Sungai Siput
- Pengurusan Email Jabatan – 1GOVUC