• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Kewangan & Hasil

Unit Kewangan & Hasil

PENGENALAN

Unit Kewangan adalah satu unit kecil di bawah Unit Pengurusan dan Pentadbiran.Unit Kewangan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Kewangan dan Bahagian Hasil. Pengurusan Kewangan merupakan tulang belakang atau nadi penggerak bagi sesuatu Organisasi. Oleh itu unit ini merupakan pemangkin kepada operasi Hospital Sungai Siput.

VISI

Perkhidmatan Perakaunan yang berkualiti Demi Mewujudkan Kesihatan Rakyat Yang Terbaik.

OBJEKTIF

Mengendalikan perakaunan, menjalankan dan memberi perkhidmatan kewangan serta kutipan hasil mengikut peraturan-peraturan, Arahan Perbendaharaan dan pekeliling-pekeliling dari masa ke semasa.

FUNGSI UTAMA

  • Menguruskan pembayaran bekalan dan perkhidmatan, kontrak, elaun lebih masa, tuntutan perjalanan dan lain-lain perbelanjaan.
  • Mengurus emolumen bagi semua anggota Hospital Sungai Siput.
  • Mengendalikan Terimaan bayaran dan mengeluarkan resit rasmi perbendaharaan serta memproses penyata pemungut.
  • Memastikan penyata terimaan dan bayaran amanah, baki pendeposit diselenggara dengan tepat dan mengikut peraturan.
  • Menerima waran peruntukan dan membuat pecahan perbelanjaan mengikut peraturan kewangan.
  • Menyediakan Semua Laporan Akaun Bulanan , Laporan Flimsi Perbelanjaan Mengurus dan Hasil, Laporan eperolehan ke Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Akauntan Negara mengikut tarikh yang ditetapkan.
  • Memastikan Panjar Wang Runcit digunakan secara optima dan Sijil Panjar disediakan setiap tahun.
  • Memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan dan mengikut peraturan kewangan.
  • Menguruskan perolehan bekalan dan asset alat perubatan dan bukan perubatan.
  • Menguruskan proses Sebutharga mengikut peraturan dan pekeliling perbendaharaan.