• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Kejuruteraan

Unit Kejuruteraan

PENGENALAN

Unit Kejuruteraan Operasi di Hospital Sungai Siput telah ditubuhkan untuk mengawalselia perkhidmatan sokongan di hospital oleh syarikat konsesi Edgenta Medi-Serve Sdn.Bhd.

Tugas mengawalselia telah dijalankan oleh pihak Sistem Hospital Awasan Taraf Sdn. Bhd. (SIHAT) sejak penswastaan sehingga 31 Oktober 2011. Tugas-tugas yang merangkumi pemantauan dan perundingan (khidmat nasihat) telah diambil alih sepenuhnya oleh Unit Kejuruteraan di hospital-hospital negeri bermula 1 November 2011. Di Hospital Sungai Siput, Unit ini diketuai oleh Penolong Jurutera (Gred J29) bagi memantau kawalselia perkhidmatan sokongan di hospital.

VISI

 Menyediakan organisasi terdiri daripada pasukan kerja professional yang cekap dan berkemahiran tinggi dalam penyediaan perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dan berinovatif di Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada:

  1. Pembangunan dasar yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran, perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan dan keselamatan sinaran.
  2. Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti kesihatan persekitaran, perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan dan perkhidmatan sokongan institusi kesihatan.
  3. Penguatkuasaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984, berhubung dengan penggunaan sinaran mengion dalam perubatan.

OBJEKTIF

OBJEKTIF BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN (BPK)

  1. Merancang dan melaksanakan program-program di bawah BPK.
  2. Memastikan bahawa Program Pemantauan Kualiti Air Minum Kebangsaan dilaksanakan secara berkesan dalam memastikan keselamatan kesihatan pengguna.
  3. Memastikan Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling Luar Bandar dilaksanakan secara berkesan.
  4. Melaksanakan projek baru dan naiktaraf kemudahan kesihatan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui tatacara pengurusan projek yang berkualiti, dengan mengambil kira keseluruhan aspek kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan.
  5. Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan saintifik di bawah bidang tanggungjawab BPK.
  6. Menyedia dan memantau pelaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di institusi kesihatan.
  7. Menguatkuasakan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) dan peraturan-peraturan berkaitan bagi maksud perubatan untuk memastikan penggunaan sinaran mengion secara selamat, berkesan dan optimum kepada pesakit, pekerja dan orang awam.
  8. Memastikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta memenuhi dan mematuhi kehendak – kehendak kejuruteraan di dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)

OBJEKTIF UNIT KEJURUTERAAN HOSPITAL SUNGAI SIPUT

  1. Pemantauan pelaksanaan penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) bagi enam perkhidmatan iaitu Facility Management Services (FMS), Facilities Engineering Maintenance Services (FEMS), Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS), Cleansing Services (CLS), Healthcare Waste Management Services (HWMS) dan Linen and Laundry Services (LLS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi.
  2. Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan bidang kejuruteraan termasuk menghadiri sesi Testing and Commisioning (T&C) untuk skop kerja di bawah projek-projek pembangunan, pembaikan dan naik taraf di hospital.
  3. Menilai tahap prestasi perkhidmatan syarikat konsesi/perunding dalam tempoh enam (6) bulan.