• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Sajian & Dietetik

Unit Sajian

PENGENALAN

Unit Sajian Hospital Sungai Siput ( U ) pada mulanya dikenali sebagai Unit Makanan dan Dapur wujud serentak dengan penubuhan Hospital Sungai Siput pada 16 hb Februari 1995.

VISI

Merupakan jabatan yang cemerlang dalam bidang pemakanan dari segi penyediaan makanan yang bermutu yang berkesan melalui kakitangan yang terlatih, cekap dan berdedikasi serta menjadi unit yang terunggul dalam perlaksanaan dan penerapan konsep-konsep kualiti.

MISI

Mengamalkan prinsip – prinsip penyediaan makanan yang sihat dan selamat serta sentiasa menerapkan dan memperkembangkan sikap kecemerlangan melalui ;

  • Persekitaran kawasan kerja yang bersih dan selamat
  • Kakitangan yang terlatih dan berdisiplin
  • Pemilihan makanan yang berkualiti
  • Memahami dan memenuhi keperluan dan kepuasan pesakit
  • Mematuhi semua garis panduan “Amalan Pengilangan yang Baik” yang telah ditetapkan.

PUNCA KUASA UNIT SAJIAN

Pekeliling Perbendaraan Bil. 11 Tahun 1998 dan Perlembagaan Malaysia memberi kuasa kepada hospital untuk menyediakan Perkhidmatan Makanan kepada pesakit yang menerima rawatan di dalam wad.

OBJEKTIF

  • Membantu pesakit agar segera sembuh melalui penyajian makanan yang seimbang selaras dengan keperluan pesakit serta melatih pesakit supaya mengamalkan pemakanan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pegawai perubatan atau pegawai dietetik.
  • Bagi melengkapkan rawatan pengubatan pesakit dari segi pengambilan makanan yang sesuai dan betul melalui perkhidmatan pemakanan klinikal serta membantu pesakit untuk menjalani kehidupan seperti sebelumnya.

PELANGGAN

: a) Secara langsung - Pesakit di dalam wad                                      

: b) Secara tidak langsung

  • Pesakit Haemodialisis, pegawai yang bertugas di Dewan Pembedahan, dan Pakar-pakar lawatan
  • Stakeholders
  • Ketua PTJ/KKM
  • Pembekal

PERKHIDMATAN UNIT SAJIAN

(a)  Pembekalan Makanan(Catering)

  • Pembekalan makanan kepada pesakit di hospital merupakan dasar utama (asas) di dalam program rawatan pesakit bahagian Perkhidmatan Makanan. Bekalan makanan juga turut disediakan kepada pegawai yang membuat tugas di atas panggilan seperti Pegawai Perubatan dan kepada Pegawai Perubatan di unit Pembedahan dan untuk lawatan Pakar-pakar.
  • Sewaktu penyediaan makanan aspek-aspek keseimbangan makanan seperti kandungan kalori dan mengawal jenis makanan amat diberikan perhatian. Secara tidak langsung mesej pendidikan kesihatan berhubung pemakanan yang seimbang dapat dilaksanakan dan sedikit sebanyak akan mengubah amalan pemakanan yang kurang sihat yang mana sering memudaratkan kesihatan tubuh badan.
  • Menyediakan makanan kepada Pegawai Perubatan semasa membuat tugas-tugas atas panggilan (On Call) serta Pegawai Perubatan di Unit Pembedahan serta-serta pakar yang melakukan lawatan ke hospital ini.
  • Membekalkan snek kepada pesakit di Unit Haemodialisis.

JENIS DIET YANG DIBEKALKAN

Terdapat dua jenis diet yang disediakan di Unit Sajian iaitu :

Diet Normal – Merupakan diet yang seimbang. Disediakan untuk pesakit yang tidak memerlukan modifikasi nutrient keatas dirinya. Ciri-ciri diet ini adalah pelbagai jenis makanan disediakan supaya memenuhi keperluan makronutrien dan mikronutrien harian.

Diet Teraputik – Disediakan untuk seseorang berdasarkan kepada jenis penyakit, kombinasi penyakit dan tahap komplikasi penyakitnya. Ini akan menentukan keperluan modifikasi keatas makronutrien dan/atau mikronutrien yang diperlukan untuk membantu rawatan. Selain daripada ini, terdapat juga pesakit yang memerlukan modifikasi tekstur keatas diet normal dalam beberapa peringkat sehingga diet cecair. Sebagai tambahan, produk formula enteral akan dibekalkan bagi kes yang memerlukan‘nutrition support’

(b) Penyajian Makanan

  • Penyajian makanan dilakukan mengikut Kelas 3. Jumlah hidangan adalah 4 kali diet sehari, yang mana kesemua pesakit akan dihidangkan dengan menu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
  • Selain itu, Unit Sajian juga menyediakan diet teraputik bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang telah dirujuk oleh pegawai perubatan. Diet terputik ini adalah diet yang membekalkan keperluan nutrien seimbang yang diperlukan bagi setiap pesakit yang berkenaan bagi mengalakkan penyembuhan pesakit.
  • Kesemua jenis makanan yang mana terdiri dari diet seimbang dan diet teraputik ini, dihidangkan dan dibekalkan terus dari Unit Sajian. Pemesanan diet dilakukan oleh jururawat di wad. Makanan disediakan dan dihidangkan secara hidangan berpusat dimana makanan disediakan di dalam setiap tray di Unit Sajian dan diagihkan terus kepada pesakit berdasarkan kepada jenis menu yang diperlukan oleh setiap pesakit.

Jadual Pengambilan Diet Di Unit Sajian

  • Sarapan Pagi : 7.30 pagi
  • Makan Tengahari : 12.00 tengahari
  • Minum Petang : 2.30 petang
  • Makan Malam : 5.30 petang