PENGENALAN
Wad kenanga 3 adalah wad materniti yang mempunyai 17 katil untuk Ante Natal dan Post Natal. Mempunyai 3 katil bersalin. Wad Kenanga 3 memberi pelbagai perkhidmatan untuk ibu hamil. Antara perkhidmatan yang di berikan ialah:
- Penjagaan Antenatal dari 22 minggu kehamilan .
- Penjagaan Post Natal dari selepas bersalin hinggga 42 hari selepas kelahiran.
- Menyambut kelahiran SVD.
- Ambulance call kes maternity.
Wad Kenanga 3, telah mengekalkan pengiktirafan Hospital Rakan Bayi sehingga Mac 2017, Hospital Rakan Suami serta Perkhidmatan Mesra Ibu. Kami juga mengamalkan Hospital Mesra Ibadah.
VISI
Visi wad kenanga 3 adalah seiring dengan KKM iaitu:
Negara mengembeling tenaga kearah kesihatan yang lebih baik.
MISI
Misi kementerian kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama
i) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat
- Mencapai sepenuhnya potensi mereka dlam kesihatan
- Menghargai kesihatan sebagai asset paling berharga
- Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.
ii) Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi, iaitu
- Mengutamakan pelanggan
- Saksama
- Tidak membebankan
- Cekap
- Wajar mengikut teknologi
- Boleh di sesuaikan mengikut persekitaran
- Inovatif
iii) Dengan menekankan
- Sifat penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan
- Sifat menghormati maruah insan
- Penglibatan masyarakat.
OBJEKTIF KUALITI WAD
Wad kenanga 3 akan memastikan 95% pesakit yang melahirkan bayi secara ‘spontoneus vaginal deliver’ (SVD) tinggal di wad tidak melebihi 3 hari.