• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Klinikal-Pesakit Dalam
  • Wad Kenanga 2

Wad Kenanga 2

PENGENALAN

Wad Kenanga 2 merupakan Wad Perempuan dan mula beroperasi pada tahun 1997. Wad ini mempunyai 30 katil.

LOKASI

Terletak dblok Kedua dilaluan utama, lorong pertama sebelah kanan,
Wad Kenanga 2 (perempuan)   :  sebelah kanan pintu utama
Berhadapan dengan laluan ke unit Farmasi dan unit Kecemasan serta Pusat Informasi Setempat.

OBJEKTIF

    Untuk mendapatkan diognosa, memberi perkhidmatan rehabilitasi yang bersesuaian, efektif, berkesan dan selesa kepada pesakit yang memerlukan rawatan.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Memberi kemudahan yang bernilai, memberi diagnosa, ubatan, perawatan dan rehabilitasi kepada pesakit yang berumur 12 tahun keatas.
  • Memberi pendidikan kesihatan kepada semua pesakit  dan waris bila perlu
  • Memberi perkhidmatan 24 jam dan mengiringi pesakit ke hospital rujukan dengan ambulan.
  • Mendapatkan tarikh temujanji ke hospital rujukan.
  • Mengaturkan atau memohon kenderaan untuk menghantar pesakit dalam ke klinik susulan di hospital berkenaan.

Semasa kemasukkan pesakit di nasihati membawa bersama kad pengenalan, surat rujukan( jika ada), Kad Kesihatan Susulan, discaj note jika pernah masuk wad terdahulu serta surat jaminan dari majikan (GL), Kad OKU, Kad Penderma Darah.