• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Klinikal-Pesakit Luar
  • Klinik Pakar

Klinik Pakar

PENGENALAN

Klinik Pakar Hospital Sungai Siput mula beroperasi pada bulan Mac 1999. Sebelum Klinik Pakar beroperasi tempat tersebut asalnya ialah ‘Special Care Neonate’ dan diuabahsuai menjadi Klinik Pakar. Pada tahun 2006 Klinik Pakar telah dinaiktaraf dengan memperbesarkan lagi kawasan klinik tersebut. Klinik Pakar tersebut memberi perkhidmatan pakar di atas lawatan daripada Hospital Ipoh dan Royal Perak Medical College mengikut jadual dan waktu yang telah disediakan. Ia terdiri daripada 7 disiplin iaitu Perubatan, Pembedahan, Obsetrik & Gynikologi, Pediatrik, Orthopidik,Psikiatrik , Geriatrik dan Dietitik.

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan diagnosa dan pencegahan penyakit dengan tepat, efaktif, cekap dan selesa untuk pesakit mengikut keperluan Klinik Pakar dan rawatan susulan.

LOKASI

Terletak berhadapan dengan Farmasi dan bersebelahan dengan Wad Melor. Disebelah kanan laluan masuk utama ke Wad Kenanga 3 dan Wad Melor.

SKOP PERKHIDMATAN

Memberi perkhidmatan diagnosa dan pencegahan penyakit untuk pesakit Klinik Pakar.
Klinik pakar beroperasi waktu pejabat dan mengikut jadual berkala.

STRUKTUR KEMUDAHAN FASILITI

  • Kaunter Pendaftaran

         Mendaftar semua pesakit dan mengutip bayaran rawatan pesakit yang hadir ke Klinik Pakar mengikut Akta Fee 1982.

  • Bilik Rawatan

         Terdapat 2 bilik rawatan untuk melakukan prosedur dan memberi privasi kepada pesakit semasa prosedur dijalankan.

  • Bilik Ketua Jururawat

          Digunakan untuk membuat kertas kerja dan tempat menyimpan fail-fail serta dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Klinik Pakar.

  • Bilik Anggota

          Disediakan untuk kakitangan berehat dan tempat makan.

  • Bilik Persidangan

          Digunakan untuk perbincangan, mesyuarat serta mengajar pelatih-pelatih yang hadir kesini.

ORGANISASI

Klinik Pakar dikendalikan oleh Pakar mengikut disiplin yang telah ditetapkan. Beliau akan dibantu oleh Jururawat Terlatih yang bertanggungjawab mengendalikan Klinik tersebut.