• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Klinikal-Pesakit Luar
  • Kecemasan & Trauma

Unit Kecemasan & Trauma

PENGENALAN
Perkhidmatan Unit Kecemasan dan Trauma merupakan salah satu komponen penting bagi keseluruhan perkhidmatan rawatan pesakit. Ianya beroperasi 24 jam sehari dan berperanan memberikan perkhidmatan rawatan kecemasan dan kecederaan kepada pesakit sebelum dirujuk ke bahagian lain.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. Rawatan pesakit luar
2. Menjalankan rawatan kecemasan serta pemulihan/resusitasi.
3. Menjalankan prosedur seperti memberi suntikan, melakukan pembedahan kecil, memasang POP dan sebagainya.
4. Melaksanakan perkhidmatan ‘call centre’ bagi kes-kes kecemasan.
5. Menyediakan perkhidmatan ambulans dan kereta jenazah.
6. Pendaftaran kemasukan pesakit ke wad.
7. Klinik Selepas Waktu Pejabat (Extended hour)
8. Perkhidmatan Pasukan Perubatan Tunggusedia (Standby Medical Team).
9. Pengurusan jenazah serta bedah siasat (post mortem).
10. Program Berkhatan
11. Pengambilan spesimen darah di Unit Makmal.
12. Membantu dalam kempen derma darah, kem kesihatan,pameran, ceramah, promosi kesihatan serta lain-lain aktiviti perubatan dan kesihatan anjuran Kementerian Kesihatan, jabatan kerajaan, badan sukarela dan sebagainya.
13. Pusat Krisis Sepadu (OSCC).

KLINIK LEPAS WAKTU PEJABAT

  • Satu perkhidmatan baru yang dilaksanakan sebagai tambah nilai keatas perkhidmatan di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Sungai Siput.
  • Perkhidmatan tambahan ini adalah bertujuan menampung permintaan pesakit terutamanya bagi kes-kes dari zon hijau.
  • Klinik ini membantu mengurangkan masa menunggu pesakitbagi kes-kes bukan kecemasan (zon hijau) yang bertambah terutamanya pada hari-hari kelepasan mingguan dan kelepasan umum.
  • Klinik ini dikendalikan oleh seorang Pegawai Perubatan yang melakukan tugas lebih masa (locum) dan dibantu oleh seorang Jururawat/Jururawat Masyarakat dan Pembantu Farmasi.
  • Mula dibuka pada 18 Oktober 2008 di Kecemasan dan Trauma Hospital Sungai Siput terdapat dua sessi iaitu sessi pertama: 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan sessi kedua: 6.00 petang hingga 9.00 malam.