PENGENALAN

Unit Pesakit Luar mula beroperasi pada 23 Januari 1995.Unit ini menyediakan rawatan perubatan dan kesihatan pesakit luar kepada pelanggan yang memerlukan mengikut keupayaan dan kepakaran serta fasiliti yang ada. Sekiranya keadaan pesakit yang dirawat melangkaui keupayaan dan kepakaran atau fasiliti organisasi ini , pesakit akan dirujukkan ke Hospital yang memiliki keupayaan dan kepakaran serta fasiliti yang diperlukan. Kebiasaannya pesakit akan dirujukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.Unit ini beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan tutup pada hari Sabtu dan Ahad serta Cuti Umum, manakala perkhidmatan mencuci luka dibuka dari 8.00 pagi hingga 11 pagi untuk hari sabtu,ahad dan kelepasan am.

 VISI, MISI & OBJEKTIF

  • VISI

Memberi perawatan berkonsep mesra pelanggan,cekap dan berkualiti.

  • MISI

Memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada pelanggan dengan semangat berpasukan

  • OBJEKTIF
  1. Memastikan perkhidmatan yang diberi mencapai 85 % tahap kepuasan pelanggan. 
  1. Memastikan setiap pesakit akan mendapat rawatan asas (ujian vital sign) dalam masa 30 minit selepas pendaftaran dilakukan.

 

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

  1. Menyediakan rawatan perubatan dan kesihatan pesakit luar mengikut keupayaan / kepakaran serta fasiliti yang ada.
  2. Klinik Dada untuk rawatan pesakit TB.
  3. Klinik Diabetes dan Klinik Berhenti Merokok (Quit Clinic).
  4. Pemeriksaan kesihatan bagi :
  • Pelajar ke asrama penuh / IPTA / IPTS.
  • Lantikan jawatan sektor awam.
  • PLKN
  • Jemaah haji.
  • Pembaharuan lesen senjata api.
  • Kakitangan awam 40 tahun dan ke atas.
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Jabatan Pengangkutan Jalan – lesen memandu.
  • Permohonan oleh individu bagi mengetahui status kesihatan.
  1. Saringan klinik pra kehamilan.
  2. Saringan tekanan darah bagi semua pelanggan
  3. Rawatan cucian luka pada setiap hari dan cuti umum ( 9.00 pagi hingga 12.00 petang untuk hari cuti)
  4. Membuat notifikasi penyakit berjangkit mengikut akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit Tahun 1988.
  5. Lain - lain rawatan yang dipohon oleh pelanggan mengikut keupayaan / kepakaran serta fasiliti yang ada.

PIAGAM PELANGGAN

- KAMI BERJANJI UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN SECARA PROFESIONAL, SELAMAT, MESRA, PENYAYANG DAN BERKUALITI:

  • Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar akan diberikan mengikut giliran dan atau keadaan pesakit. Keutamaan   akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatanyang diberikan pesakit adalah terjamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

 


Cetak