PENGENALAN

Unit Haemodialisis Hospital Sungai Siput mula beroperasi pada 15hb. September 2005 dengan 5 orang pesakit dan dengan 4 unit mesin dialisis sahaja ( pesakit pesakit ini ditukarkan dari Hospital Ipoh) Perkhidmatan yang diberi adalah rawatan haemodialisis pada pesakit yang buah pinggang gagal berfungsi (End stage renal failure). Unit ini memberi perkhidmatan kepada pesakit di-sekitar kawasan daerah Sungai Siput,ini memudahkan mereka untuk mendapatkan rawatan kerana Pusat Rawatan Dialisis yang terdekat hanya di- Bandar Ipoh dan Kuala Kangsar sahaja.

Upacara pembukaan rasmi bangunan ini talah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Chua Soi Lek. Menteri Kesihatan Malaysia, pada hari khamis 18hb Mei 2006. Selepas pembukaan rasmi penambahan 4 unit mesin dialisis diperolehi. Pada tahun 2018, terdapat penggantian sebuah mesin ‘Reprosesor’ berjenama ‘Renatron’ bagi menggantikan salah satu unit ‘Reprosesor’ yang rosak. Diharapkan pada tahun ini, 2 buah lagi yang telah berstatus ‘BER’ dapat digantikan. Unit ini kini mempunyai 13 buah mesin dialysis dan 3 buah mesin ‘Reprosesor’.

 OBJEKTIF UNIT HAEMODIALISIS

Sentiasa memberi Perkhidmatan Perawatan dan Pendidikan Kesihatan yang berkesan.

FUNGSI UNIT HAEMODIALISIS

Unit ini member rawatan haemodialisis kepada pesakit ‘End Stage Renal Failure’ yang layak mengikut critera tertentu.Masa rawatan setiap pesakit adalah 4 jam untuk 3 kali seminggu. Rawatan hanya diberi kepada pesakit yang terdapat di dalam program.

AKTIVITI UTAMA

Rawatan Kronik Haemodialisis ( Long Term Haemodialisis) bagi pesakit bagi kes     kegagalan buah pinggang (ESRF)

Pakar Nefrologi boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja.,jika ada kes kecemasan atau untuk mendapatkan nasihat.

KEDUDUKAN STAFF

  • 1 orang Penolong Pengawai Perubatan U32 (Sijil Renal Pos Basik)
  • 2 orang Penolong Pengawai Perubatan U29 (Sijil Renal Pos Basik)
  • 3 orang Jururawat Terlatih U32 (KUP) (Sijil Renal Pos Basik)
  • 2 orang Jururawat Terlatih U29 (Seorang sedang menjalani Post Basik Renal)
  • 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3 (Lelaki)

       Jumlah kakitangan Unit: 11 orang

SHIF DIALISIS

Pada hari Isnin,Rabu,Jumaat tiga sesi dialisis telah dijalankan manakala hari Selasa,Khamis dan Sabtu dua sesi dijalankan. Shif ini dikekalkan sehingga mendapat arahan baru dari Pakar Y/M.


Cetak