PENGENALAN

Klinik Pakar Hospital Sungai Siput mula beroperasi pada bulan Mac 1999. Sebelum Klinik Pakar beroperasi tempat tersebut asalnya ialah ‘Special Care Neonate’ dan diubahsuai menjadi Klinik Pakar.

Pada tahun 2006, Klinik Pakar telah dinaiktaraf dengan memperbesarkan lagi kawasan klinik tersebut. Klinik Pakar tersebut memberi perkhidmatan pakar di atas lawatan daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Taiping dan Royal Perak Medical College mengikut jadual dan waktu yang telah disediakan. Ia terdiri daripada 9 disiplin iaitu Perubatan, Pembedahan, Obsetrik & Gynekologi, Pediatrik, Orthopedik, Psikiatrik, Ophthalmologi, Geriatrik dan Dietitik.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Negara mengembeling tenanga kearah kesihatan yang baik.

MISI

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama- sama untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

  • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan.
  • Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga.
  • Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan diagnosa dan pencegahan penyakit dengan tepat, efektif, cekap dan selesa untuk pesakit mengikut keperluan Klinik Pakar dan rawatan susulan.

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

  • Memberi perkhidmatan diagnosa dan pencegahan penyakit untuk pesakit Klinik   
  • Memberi perkhidmatan kaunseling.
  • Klinik Pakar beroperasi waktu pejabat dan mengikut jadual berkala.
  • Jadual Klinik Pakar dan Pakar Lawatan

STRUKTUR DAN KEMUDAHAN FASILITI

FUNGSI KAUNTER PENDAFTARAN

  • Mendaftar semua pesakit dan mengutip bayaran rawatan pesakit yang hadir ke Klinik   Pakar  mengikut Akta Fee 1982.
  • Lawatan kali pertama tiada kena bayaran
  • Lawatan seterusnya bayaran RM 5.00 akan dikenakan untuk setiap kali lawatan, manakala pesakit yang berumur 60 tahun ke atas tidak di kenakan sebarang bayaran.
  • Klinik Pakar dikendalikan oleh Pakar Lawatan mengikut disiplin yang telah ditetapkan. Beliau akan dibantu oleh Pegawai Perubatan Hospital Sungai Siput dan juga Jururawat Terlatih yang  bertanggungjawab mengendalikan klinik.              

LOKASI KAUNTER PENDAFTARAN

  1. Terdapat 2 buah bilik rawatan untuk menjalankan prosedur dan memberi privasi kepada pesakit semasa klinik berjalan.
  2. Terdapat 1 bilik Opthalmologi disediakan lengkap dengan peralatan pemeriksaan mata dan perkara berkaitan.
  3. Bilik Ketua Jururawat digunakan oleh Ketua Unit Klinik Pakar membuat tugasan harian dan menyimpanan dokumen sulit dan peti besi.
  4. Bilik anggota digunakan untuk anggota berehat dan menjamu selera.
  5. Bilik Persidangan digunakan untuk perbincangan, mesyuarat serta mengajar pelatih-pelatih yang hadir ke Klinik Pakar 

AKTIVITI SEBELUM KLINIK DIJALANKAN

  1. BHT pesakit dikenalpasti dan diambil di Unit Rekod sebelum klinik.
  2. Sertakan semua penyiasatan yang diarahkan oleh doktor atau pakar seperti ujian makmal dan xray.

AKTIVITI SEMASA KLINIK DIJALANKAN

  1. Pendaftaran pesakit dibuat dan meminta pesakit menunggu.
  2. Pemeriksaan Vital Sign/ Antopometri akan dijalan ke atas pesakit.

PEMERIKSAAN

  1. Doktor akan memeriksa pesakit dan dibantu oleh jururawat yang bertugas.
  2. Tarikh pemeriksaan akan datang akan diberikan kepada pesakit beserta slip ubat dan ujian makmal sekiranya ada selepas pesakit berjumpa doktor.

SELEPAS SESI KLINIK

  1. Jururawat yang bertugas akan memastikan nama pesakit dimasukkan ke dalam buku lawatan.
  2. Borang-borang berkaitan seperti ECHO, Utrasound dan Xray mengikut arahan.

PIAGAM PELANGGAN

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

i) Fokus Kajian

 Memberikan penekanan ke atas aspek-aspek berikut:

  1. Kemudahan klinik pakar
  2. Perkhidmatan yang diberikan
  3. Layanan kepada pelanggan
  4. Komen/cadangan dari pelanggan

ii) Objektif Kajian

  1. Mengkaji tahap kepuasan pelangan terhadap perkhidmatan dan layanan yang diberikan semasa berurusan dengan Klinik Pakar.
  2. Mengenalpasti segala permasalahan yang di hadapi oleh pesakit samada dari aspek perkhidmatan dan layanan yang diberikan, kemudahan dan  masa menunggu serta komen pelangan terhadap rawatan.
  3. Melakukan penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan.
  4. Meningkatkan mutu perkhidmatan Klinik Pakar dari masa ke semasa.

Cetak