PENGENALAN

Umumnya dahulu dikenali dengan nama Wad 3 (Pediatrik) kemudian diubah menjadi Wad Melor selaras dengan Polisi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyeragamkan semua wad yang beroperasi di Hospital Neuklas di seluruh Malaysia. Terdapat 21 katil sediaada di wad Melor dan wad ini merupakan wad multi disiplin bagi pesakit kanak-kanak. Ia menempatkan pesakit kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan kebawah. Sebanyak 6 katil disediakan untuk Neonate dan 15 katil disediakan untuk pesakit Pediatrik.
Wad Melor terletak di bangunan utama Hospital Sungai Siput iaitu di pertengahan jalan utama di sebelah kanan . Wad Melor berkongsi bersama Wad Kenanga 3 dan Klinik Pakar.

VISI, MISI DAN OBJEKTIF

VISI

Meningkatkan taraf kesihatan kanak-kanak menerusi perkhidmatan dan pendidikan kesihatan yang terbaik.

 MISI

Memberi perkhidmatan yang berkualiti, professional dan mengamalkan nilai-nilai murni serta memberi pendidikan kesihatan yang berterusan

 OBJEKTIF

Memastikan kanak-kanak dan juga bayi yang dimasukkan ke wad berada dalam persekitaran yang selamat dan terkawal semasa menerima rawatan.

CARTA ORGANISASI

 


Cetak