PENGENALAN

Dewan Bedah Hospital Sungai Siput mengendalikan  pembedahan mengikut disiplin dari jadual yang telah ditetapkan pada waktu pejabat. Satu networking antara Pakar –pakar dari Hospital Sungai Siput dengan Hospital Ipoh diadakan pada Februari  1999 untuk melakukan pembedahan sebulan sekali. Kes- kes saperti “lumps & bumps”, hernioplasty dan fibroadenoma excision telah dipersetujui untuk dilakukan. Kes – kes henioplasty dan fibroadenoma excision dilakukan ‘under general anesthesia’ and ‘lumps’ dan ‘bumps’ under local anesthesia.

Pembedahan telah dimulakan pada April 1999 dengan perkhidmatan pembedahan surgikal,obstetrik dan ‘endoscope’. Untuk mempertingkatkan perkhidmatan pembedahan di Hospital Sungai Siput, satu networking telah dimulakan dengan pakar-pakar dari Kolej Perubatan Diraja Perak(RMCP) untuk memulakan pembedahan surgeri pada setiap hari selasa. Dewan Bedah beroperasi waktu pejabat, pembedahan surgikal seminggu sekali.

LOKASI

Hospital Sungai Siput mempunyai satu bilik Dewan Bedah bertempat disebelah Makmal dan bersambung ke CSSU di belakang dan berhadapan dengan Klinik Pakar .

Dewan Bedah Hospital Sungai Siput mempunyai hanya satu Bilik Bedah yang lengkap dengan ‘scrub room dan ‘sluice room’ . Selain daripada itu terdapat ’Recovery room’ yang boleh menampong 3 pesakit serentak , ‘induction room,bilik Ketua Jururawat,bilik rehat anggota .setor penyimpanan peralatan ‘sterile’ ,setor penyimpanan barang pakai buang dan bilik UPS.

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pelangan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan dijaga keselesaan, keselamatan, kepentingan, kerahsiaan
  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur pembedahan atau pembiusan termasuk risikonya
  • Setiap pelanggan akan dilayan secepat yang mungkin secara saksama
  • Setiap pelanggan akan dikawal dengan rapi semasa pembedahan yang dijalankan dan juga semasa pemulihan daripada pembedahan atau pembiusan sehingga pelanggan dibenarkan kembali ke wad masing-masing.
  • Saudara mara akan diberi maklumat tentang jenis pembedahan atau pembiusan dan juga maklumat yang diperlukan dari masa ke semasa oleh Pegawai Perubatan yang merawat.

CARTA ORGANISASI

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

2 FUNGSI UTAMA UNIT DEWAN BEDAH, HOSPITAL SUNGAI SIPUT

  • Pengendalian Pesakit untuk menjalani Pembedahan
  • Pengendalian Peralatan Sterile

4 AKTIVITI BAGI FUNGSI UTAMA UNIT DEWAN BEDAH,  

Aktiviti 1: Proses Kerja Penerimaan Pesakit untuk Pembedahan di  ‘Air Lock’

Proses penerimaan pesakit untuk pembedahan di “Air lock” akan dilakukan oleh jururawat yang menjaga kaunter (reception nurse). Pemeriksaan pesakit menggunakan borang “ SAFE SURGERY SAVES LIVES” (PERI-OPERATIVE CHECK LIST) yang diguna pakai disemua bilik pembedahan di seluruh Malaysia. Penggunaan “SAFE SURGERY SAVES LIVES’ VERSION 2.0 ‘ telah mula digunakan pakai di dewan Bedah Hospital Sungai Siput mulai Mei 2019.

Aktiviti 2: Proses Kerja Pengendalian Pesakit Semasa Pembedahan dalam bilik bedah(OR).

Proses pengendalian pesakit di dalam bilik bedah (OR), akan di kendalikan oleh jururawat yang bertugas sebagai  “Scrub Nurse  ,Circulating Nurse , GA Nurse dan Pembantu Perawatan Kesihatan(PPK) .Penggunaan borang “ SAFE SURGERY SAVES LIVES” (PERI-OPERATIVE CHECK LIST) juga di praktikkan.

Aktiviti 3: Proses kerja pengendalian pesakit selepas pembedahan dibilik Pemulihan (Recovery Room)

Proses pengendalian pesakit di bilik pemulihan (Recovery Room) akan dikendalikan oleh jururawat yang bertugas sebagai “recovery nurse”.Penggunaan borang “ SAFE SURGERY SAVES LIVES” (PERI-OPERATIVE CHECK LIST juga dipraktikkan di recovery room

Aktiviti 4: Proses kerja pengendalian peralatan sterile (TSSU)

Jururawat yang bertugas di dewan bedah akan mengendalikan sendiri peralatan yang digunakan semasa pembedahan untuk di hantar ke unit Suci Hama (CSSU) . Pada 13/12/2018 Unit dewan Bedah telah menerima 1 unit Table Top Autoclave Echman dan T&C telah dilakukan pada hari yang sama.

PROGRAM HOSPITAL KLUSTER

  • Pada 14 Februari 2017 Hospital Sungai Siput telah mendapat pinjaman  ‘Opthalmology Microscopic’ dari Hospital Slim River .T&C  dan ‘User traning’ kepada semua  anggota Dewan Bedah Hospital Sungai Siput telah dilakukan pada hari yang sama.
  • Mulai bulan Februari 2017 iaitu pada 16 Februari 2017  Dewan Bedah  Hospital Sungai Siput  buat kali pertama telah melakukan Pembedahan Mata iaitu Pterygium di bawah Projek Hospital Kluster di antara Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dan Hospital Sungai Siput.

Cetak