PENGENALAN

Unit  Sajian Hospital Sungai Siput ( U ) pada mulanya dikenali sebagai Unit Makanan dan Dapur wujud serentak dengan penubuhan Hospital Sungai Siput  pada  16 hb Februari  1995. 

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Merupakan jabatan yang cemerlang dalam bidang pemakanan dari segi penyediaan makanan yang bermutu yang berkesan melalui kakitangan yang terlatih, cekap dan berdedikasi serta menjadi unit yang terunggul dalam perlaksanaan dan penerapan konsep-konsep kualiti.

MISI

Mengamalkan prinsip – prinsip penyediaan makanan yang sihat dan selamat  serta sentiasa menerapkan dan memperkembangkan sikap kecemerlangan melalui ;

  • Persekitaran kawasan kerja yang bersih dan selamat
  • Kakitangan yang terlatih dan berdisiplin
  • Pemilihan makanan yang berkualiti
  • Memahami dan memenuhi keperluan dan kepuasan pesakit
  • Mematuhi semua garis panduan “Amalan Pengilangan yang Baik” yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF

  • Membantu pesakit agar segera sembuh melalui penyajian makanan yang seimbang selaras dengan keperluan pesakit serta melatih pesakit supaya mengamalkan pemakanan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pegawai perubatan atau pegawai dietetik.
  • Bagi melengkapkan rawatan pengubatan pesakit dari segi pengambilan makanan yang sesuai dan betul melalui perkhidmatan pemakanan klinikal serta membantu pesakit untuk menjalani kehidupan seperti sebelumnya.

PERJAWATAN

Unit Sajian diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 dan terdapat seramai 6 orang Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19.

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

  • Pembekalan makanan kepada pesakit di hospital merupakan dasar utama (asas) di dalam program rawatan pesakit bahagian Perkhidmatan Makanan. Sewaktu penyediaan makanan aspek-aspek keseimbangan makanan seperti kandungan kalori dan mengawal jenis makanan amat diberikan perhatian. Secara tidak langsung mesej pendidikan kesihatan berhubung pemakanan yang seimbang dapat dilaksanakan dan sedikit sebanyak akan mengubah amalan pemakanan yang kurang sihat yang mana sering memudaratkan kesihatan tubuh badan.
  • Menyediakan makanan kepada Pegawai Perubatan semasa membuat tugas-tugas atas panggilan (On Call) serta Pegawai Perubatan di Dewan Pembedahan.
  • Membekalkan snek kepada pesakit di Unit Haemodialisis.
  • Terdapat 2 jenis diet yang disediakan di Unit Sajian iaitu :

      Diet Normal – Merupakan diet yang seimbang. Disediakan untuk pesakit yang tidak memerlukan modifikasi nutrient keatas dirinya. Ciri-ciri diet ini adalah pelbagai jenis makanan disediakan                                 supaya memenuhi keperluan makronutrien dan mikronutrien harian.

      Diet Teraputik termasuk Diet Vegetarian – Disediakan untuk seseorang berdasarkan kepada jenis penyakit, kombinasi penyakit dan tahap komplikasi penyakitnya. Ini akan menentukan                                        keperluan modifikasi keatas makronutrien dan/atau mikronutrien yang diperlukan untuk membantu rawatan. Selain daripada itu, terdapat juga pesakit yang memerlukan                                        modifikasi tekstur keatas diet normal dalam beberapa peringkat sehingga diet cecair. Sebagai tambahan, produk formula enteral akan dibekalkan bagi kes yang                                                      memerlukan‘nutrition support’.

  • Penyajian makanan dilakukan mengikut Kelas 3. Jumlah hidangan adalah 4 kali sehari, yang mana kesemua pesakit akan dihidangkan dengan menu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
  • Unit Sajian menyediakan diet teraputik bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang telah dirujuk oleh pegawai perubatan. Diet teraputik ini adalah diet yang membekalkan keperluan nutrien seimbang yang diperlukan bagi setiap pesakit yang berkenaan bagi mengalakkan penyembuhan pesakit. Kesemua jenis makanan yang mana terdiri dari diet seimbang dan diet teraputik ini, dihidangkan dandibekalkan terus dari Unit Sajian. Pemesanan diet dilakukan oleh jururawat di wad. Makanan disediakan dan dihidangkan secara hidangan berpusat dimana makanan disediakan di dalam setiap tray di Unit Sajian dan diagihkan terus kepada pesakit berdasarkan kepada jenis menu yang diperlukan oleh setiap pesakit.
  • Pelanggan di Unit Sajian terbahagi kepada pelanggan secara langsung dan juga secara tidak langsung.

            a) Secara langsung -  Pesakit di dalam wad

            b) Secara tidak langsung - Pesakit Haemodialisis, pegawai yang bertugas di Dewan Pembedahan dan  Doktor On Call

Jadual Pengambilan Diet Di Unit Sajian :

  • Sarapan Pagi : 7.30 pagi
  • Makan Tengahari            : 12.00 tengahari
  • Minum Petang : 2.30 petang
  • Makan Malam : 5.30 petang

PIAGAM PELANGGAN

  • 100% Pesakit telah disajikan dengan hidangan makanan yang menarik, berkualiti mengikut pilihan menu yang disediakan.
  • 100% Pesakit diberikan perkhidmatan makanan secara berpusat mengikut diet yang diberikan iaitu diet normal atau diet teraputik.
  • 100% Pesakit dihidangkan makanan mengikut masa yang ditetapkan
  • 100% Doktor dalam panggilan disediakan makanan yang berkualiti.

Cetak