PENGENALAN

Unit Rekod Perubatan merupakan salah satu daripada perkhidmatan Sokongan Klinikal yang menjadi sumber informasi bagi pembangunan sains perubatan. Unit ini dianggotai oleh 5 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N29, 3 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 dan seorang Pembantu Operasi N11.

Fungsi utama unit ini adalah seperti berikut:

  • Pengurusan rekod perubatan pesakit
  • Pengurusan permohonan laporan perubatan pesakit
  • Penyediaan statistik hospital
  • Pengurusan kemasukan data pesakit ke dalam Sistem Casemix bermula 01 Oktober 2016

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Memperkasa tadbir urus perkhidmatan rekod perubatan yang lebih efisyen.

MISI

Meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan di Unit Rekod Perubatan.

OBJEKTIF

Unit Rekod Perubatan akan memastikan 90% laporan perubatan disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

CARTA ORGANISASI

PERJAWATAN

  • Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N29 - 1 orang
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 - 3 orang
  • Pembantu Operasi N11 - 1 orang

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

 Skop perkhidmatan dan fungsi utama Unit Rekod Perubatan adalah seperti berikut:

  • Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit Dalam (RPP) termasuk kad-kad kecemasan yang berpotensi sebagai kes Medico-legal dan filem-filem x-ray.
  • Pemantauan dan penyeliaan ke atas penambahbaikan RPP dari semasa ke semasa.
  • Penyediaan Statistik Pesakit Dalam (SMRP Web-based), Pesakit Luar, Rawatan Harian dan Perkhidmatan Sokongan.
  • Pengurusan kemasukan data pesakit ke dalam Sistem Casemix.
  • Penyelaras Hospital Performance Indicator Accountability (HPIA), National Indicator Approach (NIA) dan Key Performance Indicator (KPI) ke atas penerimaan rekod perubatan pesakit discaj dan penyediaan laporan perubatan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pengurusan permohonan laporan perubatan
  • Pengurusan pentadbiran Unit Rekod Perubatan:
  • Pelupusan rekod perubatan mengikut Jadual Pelupusan Rekod Perubatan 2016 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diluluskan oleh Arkib Negara.
  • Sekretariat Jawatankuasa Rekod Perubatan yang berfungsi untuk memantau tadbir urus rekod perubatan pesakit.

PIAGAM PELANGGAN

  • 90% Laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, jujur dan ikhlas.

Cetak