PENGENALAN

Unit Pemulihan Carakerja Hospital Sungai Siput terletak di Bangunan Rehabilitasi bersebelahan Dewan CME Hospital Sungai Siput. Ianya juga berkongsi ruang dengan Unit Pemulihan Anggota (Fisioterapi). Unit ini mula beroperasi pada 16hb April 2009. Anggaran belanjawan mengurus untuk menempatkan Jurupulih Perubatan Carakerja U29 di Hospital Sungai Siput diluluskan pada 5hb Ogos 2008. Kekosongan perjawatan Jurupulih Perubatan Carakerja U29 telah diisi pada 16hb Mac 2009.

MATLAMAT UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

Memberi rawatan pemulihan yang terbaik kepada pesakit yang mempunyai masalah dari segi fizikal, mental dan sosial dengan menggunakan aktiviti-aktiviti terapeutik supaya dapat berfungsi ke tahap optima dan berdikari dalam menjalankan aktiviti kehidupan seharian kerja dan riadah.

OBJEKTIF UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

  • Memastikan pesakit stroke menunjukkan peratusan peningkatan di dalam aktiviti harian setelah menerima rawatan di Unit Pemulihan Carakerja..
  • Memastikan pesakit fizikal selain daripada pesakit stroke menunjukkan peratusan peningkatan samaada di dalam aktiviti harian, riadah atau pekerjaan setelah menerima rawatan di Unit Pemulihan Carakerja..

PERJAWATAN

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan utama Unit Pemulihan Carakerja:

  • Menjalankan penilaian kefungsian fizikal, mental dan sosial.
  • Merancang rawatan pemulihan bernilai terapeutik.
  • Menjalankan intervensi:
    • Kepada pesakit yang terdiri daripada kanak-kanak, dewasa dan warga emas.
    • Skop perkhidmatan ini melibatkan aspek promotif, preventif dan rehabilitatif.

 Perkhidmatan rawatan pemulihan umum yang dijalankan adalah seperti:

  • Pemulihan disfungsi fizikal
  • Pemulihan kes kanak-kanak
  • Pemulihan kes ortopedik
  • Pemulihan kes perubatan dan pembedahan
  • Pemulihan psikiatri
  • Pemulihan geriatric

Tujuan utama Perkhidmatan Pemulihan Carakerja adalah merupakan salah satu perkhidmatan rawatan pemulihan dengan menggunakan aktiviti terapeutik bagi membantu pesakit yang mengalami masalah ketidakupayaan fizikal, psikologikal dan sosial supaya dapat kembali berdikari ke tahap optima dalam Activity Daily Living, Work dan Leisure.

Skop perkhidmatan rawatan yang dijalankan:


Cetak