PENGENALAN

Unit Kawalan Infeksi mula beroperasi secara aktif pada tahun 2003 yang bernaung di bawah Pengarah Hospital Sungai Siput dengan di anggotai oleh 16 orang Ahli Jawatan Kuasa dan dipengerusikan oleh seorang Pegawai perubatan. Bilik Kawalan Infeksi berlokasi berhampiran dengan Wad Melor dan Klinik Pakar.Unit Kawalan Infeksi dipengerusikan oleh Dr Fizatul Akmar Binti Basri  dan penasihat adalah Pengarah Hospital.Unit Kawalan Infeksi Hospital Sungai Siput juga bertindak sebagai Unit Kesihatan Awam bagi memantau tahap kesihatan semua anggota Hospital Sungai Siput. Semua penglibatan aktiviti kualiti dibantu oleh Link Nurse yang telah dilantik di setiap wad/unit untuk membantu dalam kawalan infeksi.

Kawalan Infeksi Hospital Sungai Siput berfungsi untuk memantau unit dan wad dengan mengawasi dan memastikan prosedur dan garispanduan Kawalan infeksi dipraktikkan dengan cara bertul seperti:

  • Prosedur Aseptik
  • Rawatan Pengasingan Pesakit
  • Pengasingan Sisa Klinikal
  • Pencucian Tangan Yang Betul (Hand Hygine)

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Memberi maklumat dan penyebaran berkaitan Kawalan infeksi supaya pesakit mendapat penjagaan yang berkualiti dan bebas dari jangkitan..

MISI

Meningkatkan kualiti perawatan pesakit menerusi kefahaman dan kesedaran dikalangan anggota hospital tentang Kawalan jangkitan Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, selamat, efisyen, efektif dengan mengutamakan pelanggan.

  • Berkerjasama dengan masyarakat untuk mempromosi penjagaan kesihatan.
  • Komited untuk membangunkan tenaga kerja yang beretika, cekap dan berdisiplin.
  • Membentuk organisasi yang berteraskan ilmu pengetahuan, inovatif, telus

OBJEKTIF

Unit Kawalan Infeksi mula beroperasi secara aktif pada tahun 2003 yang bernaung di bawah Pengarah Hospital Sungai Siput dengan di anggotai oleh 16 orang Ahli Jawatan Kuasa dan dipengerusikan oleh seorang Pegawai perubatan. Bilik Kawalan Infeksi berlokasi berhampiran dengan Wad Melor dan Klinik Pakar.Unit Kawalan Infeksi dipengerusikan oleh Dr Fizatul Akmar Binti Basri  dan penasihat adalah Pengarah Hospital.Unit Kawalan Infeksi Hospital Sungai Siput juga bertindak sebagai Unit Kesihatan Awam bagi memantau tahap kesihatan semua anggota Hospital Sungai Siput. Semua penglibatan aktiviti kualiti dibantu oleh Link Nurse yang telah dilantik di setiap wad/unit untuk membantu dalam kawalan infeksi.

Kawalan Infeksi Hospital Sungai Siput berfungsi untuk memantau unit dan wad dengan mengawasi dan memastikan prosedur dan garispanduan Kawalan infeksi dipraktikkan dengan cara bertul seperti:

  • Prosedur Aseptik
  • Rawatan Pengasingan Pesakit
  • Pengasingan Sisa Klinikal
  • Pencucian Tangan Yang Betul (Hand Hygine)

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

  • Meliputi rondaan wad/unit

  • Memberi ceramah,orientasi

  • Mengendalikan kemalangan ‘needle stick injury’

  • Pemeriksaan kesihatan anggota 40 tahun dan keatas

  • Program imunisasi Hepatitis B untuk anggota klinikal

  • Memastikan anggota menjalankan tugas dengann mengamalkan standard precaution.

  • Menjalankan program pembelajaran berterusan (CME) kepada anggota,

BEBAN KERJA

  • Pemantauan wad dan unit

  • Pemantauan kes mrsa/mro

  • Latihan dan orientasi

  • Mesyuarat Kawalan Infeksi

  • Kajian Point Prevelance dan Blood Stream Infection

  • Pemeriksaan Anggota 40 tahun dan keatas

  • Pemeriksaan Hepatitis B

  • Pemantauan Hand Hygiene (KPI  Pengarah dan Penyelia Jururawat) 

AKTIVITI

  • Pemantauan wad dan unit

        Ianya dijalankan mengikut jadual rondaan yang telah diadakan .Pemantauan dilakukan dipersekitaran wad  meliputi :-

    • Kebersihan Wad
    • Kekemasan dan susun atur peralatan supaya tidak menganggu anggota wad menjalankan tugas.
    • Pemantauan terhadap Ubatan dan lotion supaya tiada yang luput tarikh.
    • Pengamalan standard precautions semasa melakukan prosedur dan semasa menjalankan tugas merawat pesakit.

Cetak