PENGENALAN

Unit Pemulihan Fisioterapi (Physiotherapy Department).

Bangunan Rehabilitasi bersebelahan Dewan CME Hospital Sungai Siput. Berkongsi ruang dengan Unit Pemulihan Carakerja.Unit Fisioterapi adalah salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di Hospital Sungai Siput. Ianya mula beroperasi pada 3.7.2002.

Unit ini terdiri daripada seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U29 , tambah seorang lagi Jurupulih Perubatan FisioterapU29 pada 1.10.2014 seorang, Pembantu Perawatan Kesihatan(PPK) U11.

VISI, MISI & OBJEKTIF KKM

VISI

 Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap, efisyen dan berkualiti.

MISI

Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, komprehensif, selamat dengan semangat berpasukan dan profesionalisme.

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti berteraskan elemen-elemen budaya korporat supaya setiap individu mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkan menjalani kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.

MATLAMAT

  • Memberi perawatan curative dan rehabilitative kepada pesakit yang mempunyai       ketidakupayaan menuju ke arah penjagaan kesihatan fizikal yang optima/ maksima.

OBJEKTIF

  • Memulakan rawatan dalam tempoh 24 jam waktu bekerja bagi pesakit dalam yang telah dirujuk oleh Pegawai Perubatan.
  • Memastikan tiada Insiden Burns berlaku semasa perawatan terapeutik elektro modaliti atau ejen haba diberikan.

PERJAWATAN

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

1. Merawat Pesakit Luar

  1. Setiap pesakit yang mendapatkan rawatan fisioterapi perlu dirujuk dari pakar/pegawai perubatan.
  • Menerima surak rujukan dari pakar/ pegawai perubatan dari hospital kerajaan/  hospital swasta.
  • Mendaftar pesakit ke dalam buku pendaftaran pesakit.
  • Menerima bayaran rawatan mengikut Akta Fee 1982.
  • Menjalankan rawatan mengikut tatacara berikut.

                        - Membuat penilaian

                        - Merancang program rawatan.

                        - Memberi penerangan yang jelas mengenai rawatan yang akan diberi.

                        - Memberi rawatan yang diperlukan.

                        -  Penilaian semula.

                        - Mendokumentasikan segala maklumat.

                        - Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit.

  • Mengatur temujanji susulan mengikut keperluan rawatn dan kemudahan pesakit.
  • Membuat laporan maklumbalas kepada pegawai perubatan.
  • Pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di Unit ini akan dirujuk ke hospital yang sesuai.
  • Setiap individu akan diberi perkhidmatan selama 20 minit hingga 1 jam.

2. Merawat Pesakit Dalam (Wad)

  • Pesakit yang memerlukan rawatan fisioterapi akan dirujuk dan penilaian  kondisi pesakit akan dilakukan untuk merancang program    rawatan yang  sesuai. Proses rawatan adalah seperti berikut:-
  • Menerima surat rujukan dari wad yang berkenaan dan yangditandatangani oleh pakar/ pegawai perubatan.
  • Membuat penilaian/ merancang program rawatan/mendokumentasikan segala butiran ke dalam kad laporan pesakit(BHT).
  • Mendaftar pesakit ke dalam buku pendaftaran pesakit dalam selepas menerima rawatan pertama.
  • Memberi pendidikan perawatan pesakit berterusan kepada kakitangan/anggota perubatan hospital serta ahli keluarga pesakit.
  • Memberi temujanji susulan mengikut keperluan rawatan pesakit.

Waktu Perkhidmatan Unit Fisioterapi

Isnin hingga Khamis - 8.00 pagi- 5.00 petang (1.00- 2.00 petang (Rehat))

Jumaat                   - 8.00 pagi- 5.00 petang (12.15- 2.45 petang (Rehat))

PERKHIDMATAN YANG DIBERI

Merawat kes-kes seperti berikut:-

  • Muskuloskeletal
  • Kardiorespiratori
  • Kecederaan saraf tunjang
  • Kecederaan sukan
  • Paediatrik
  • Neurologi
  • Kesihatan wanita

PIAGAM PELANGGAN

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

Memastikan masa pesakit menuggu untuk mendapatkan rawatan kurang dari 30 minit bagi setiap pelanggan.


Cetak