PENGENALAN

Unit Farmasi dan Bekalan merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang ditubuhkan bersama penubuhan Hospital Sungai Siput pada tahun 1995. Unit ini terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam, dan Farmasi Logistik.

Unit Farmasi dan Bekalan diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Farmasi UF54 dan mempunyai seramai 25 orang anggota yang terdiri daripada:

  • 11 Pegawai Farmasi UF 41/44/48/52;
  • 1 Penolong Pegawai Farmasi U32;
  • 6 Penolong Pegawai Farmasi U29;
  • 1 Pembantu Perawatan Kesihatan U12;
  • 2 Pembantu Tadbir N19;
  • 3 Pembantu Awam H11; dan
  • 1 Pembantu Operasi N11

Farmasi Pesakit Luar diketuai oleh seorang Pegawai Farmasi UF52 dan dibantu oleh 4 orang Pegawai Farmasi UF41/44/48, 4 orang Penolong Pegawai Farmasi U29 serta 2 orang Pembantu Awam H11;

Farmasi Pesakit Dalam terdiri daripada Farmasi Bekalan Wad, Farmasi Pengeluaran dan Farmasi Wad. Farmasi Bekalan Wad diketuai oleh seorang Pegawai Farmasi UF48 dan dibantu oleh seorang Pegawai Farmasi UF41 dan  seorang Penolong Pegawai Farmasi U29. Farmasi Pengeluaran pula diuruskan oleh seorang Penolong Pegawai Farmasi U29 dan dibantu oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U12 manakala Farmasi Wad diketuai oleh seorang Pegawai Farmasi UF48 dan dibantu oleh seorang Pegawai Farmasi UF48 yang masing-masing bertugas di wad perubatan lelaki dan perempuan;

Terdapat seorang Penolong Pegawai Farmasi U32 sebagai penyelia bagi keenam-enam Penolong Pegawai Farmasi U29 di Hospital Sungai Siput;

Farmasi Logistik diketuai oleh seorang Pegawai Farmasi U48 dan dibantu oleh seorang Pegawai Farmasi UF44, 2 orang Pembantu Tadbir N19, se orang Pembantu Awam H11 dan seorang Pembantu Operasi N11.

Fungsi utama Unit Farmasi dan Bekalan adalah untuk membekalkan produk termasuk ubat-ubatan dan alat perubatan pakai buang (’disposables’) & guna habis (‘consumables’) yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada semua pesakit serta menggalakkan penggunaan ubat-ubatan secara rasional bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dengan berlandaskan Dasar Ubat Nasional.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI

 Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

  • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
  • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • mengutamakan pelanggan
  • saksama tidak membebankan
  • cekap wajar mengikut teknologi
  • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • inovatif

 dengan menekankan:

  • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
  • sifat menghormati maruah insan
  • penglibatan masyarakat

OBJEKTIF

  • Untuk memastikan penggunaan ubat-ubatan adalah berkualiti, selamat dan berkesan di Hospital Sungai Siput dengan menggalakkan penggunaan ubat berdasarkan bukti dan memberi terapi yang berkeberkesanan kos (‘cost-effective’) serta membekalkan maklumat ubat-ubatan yang berdasarkan bukti.
  • Menguruskan perolehan dan stok secara bersih, cekap, amanah, berkesan dan paling ekonomi tanpa menjejaskan kualiti ubat dan bukan ubat dengan mematuhi prosedur kewangan dan perolehan kerajaan. Memastikan stok sentiasa ada dan tidak berlebihan serta memenuhi kehendak pelanggan.

CARTA ORGANISASI

PERJAWATAN

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

FARMASI PESAKIT LUAR

  • SKOP PERKHIDMATAN

Unit Farmasi Pesakit Luar bertanggungjawab untuk membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit luar di Hospital Sungai Siput. Ia merupakan Farmasi Ambulatori yang memberikan perkhidmatan farmasi yang komprehensif kepada pelanggan yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Farmasi Pesakit Luar Hospital Sungai Siput komited dalam memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang berkesan, selamat dan berkualiti dalam pelbagai bidang farmakoterapi seperti Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC), Kaunseling Ubat-ubatan dan Rawatan Terapi Gantian (RTG) Methadone di samping mendipens ubat-ubatan kepada pesakit. Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) turut disediakan sebagai kemudahan pesakit mengambil ubat.

  • AKTIVITI
    • Pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit luar
    • Pembekalan ubat-ubatan psikotropik kepada pesakit luar/ dalam mengikut preskripsi
    • Pendispensan ubat-ubatan secara SPUB (Sistem Pendispensan Ubat-ubatan Bersepadu)
    • Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Service - VAS)
    • Pengeluaran dan pembungkusan semula ubat-ubatan
    • Perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit luar
    • Pendispensan terapi gantian sirap methadone
    • Perkhidmatan MTAC
    • Membekalkan maklumat ubat-ubatan yang bebas dan berdasarkan bukti kepada pengamal penjagaan kesihatan, pesakit dan orang awam
    • Pelaporan kejadian Adverse Drug Reaction (ADR)
    • Pelaporan kejadian Medication Error (ME)
    • Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan

 FARMASI PESAKIT DALAM

  • SKOP PERKHIDMATAN

Unit Farmasi Pesakit Dalam terdiri daripada Farmasi Bekalan Wad, Farmasi Pengeluaran dan Farmasi Wad. Bahagian ini bertanggungjawab untuk membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit dalam di Hospital Sungai Siput. Ia memberikan perkhidmatan farmasi yang komprehensif kepada pelanggan yang mendapat rawatan sebagai pesakit dalam. Selain itu, bahagian ini turut komited dalam memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang berkesan, selamat dan berkualiti dalam pelbagai bidang farmakoterapi seperti melakukan case clerking dan Medication History Assessment (MHA),serta kaunseling ubat-ubatan (pesakit dalam dan pesakit discaj) di samping membekalkan ubat-ubatan.

  • AKTIVITI
    • Pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit dalam wad secara Sistem Unit Dose.
    • Pembekalan ubat-ubatan Floor Stock, After Office Hours atau/ dan Emergency Trolley kepada unit/ wad di hospital.
    • Pembekalan ubat-ubatan psikotropik kepada unit/ wad di hospital.
    • Penyediaan ubat-ubatan secara bukan steril (galenikal dan ekstemporanus)
    • Perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit dalam wad (‘Bedside Counselling’).
    • Perkhidmatan kaunseling kepada pesakit dalam wad yang akan discaj (‘Discharge Counselling’).
    • Menjalankan ‘Medication History Assessment’ (MHA) terhadap pesakit dalam wad.
    • ‘Case clerking’.
    • Perkhidmatan klinikal dengan menyertai ‘ward round’.
    • Membekalkan maklumat ubat-ubatan yang bebas dan berdasarkan bukti kepada pengamal penjagaan kesihatan, pesakit dan orang awam.
    • Pelaporan kejadian Adverse Drug Reaction (ADR).
    • Aktiviti Keselamatan Pengubatan dan Pelaporan kejadian Medication Error (ME).
    • Menjalankan pemeriksaan terhadap ubat-ubatan yang disimpan di unit/ wad secara berkala.
    • Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.

FARMASI LOGISTIK

  • SKOP PERKHIDMATAN

Unit Farmasi Logistik berperanan dalam menguruskan perolehan dan bekalan barangan kepada kesemua unit pengguna di Hospital Sungai Siput dengan berpandukan Arahan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Stor serta Pekeliling Perolehan semasa. Barangan yang dimaksudkan adalah seperti ubat-ubatan, alatan perubatan, alatan bukan perubatan, reagen, gas perubatan, dan barangan domestik serta barangan lain-lain mengikut permintaan.  Farmasi Logistik komited dalam membekalkan barangan yang selamat dan berkualiti dengan pematuhan kepada piagam pelanggan.

  • AKTIVITI
    • Perolehan Secara ‘On-Line’ Dengan Syarikat Konsesi.
    • Perolehan Secara Pembelian Terus
    • Perolehan Secara Kontrak
    • Perolehan Secara Sebutharga
    • Perolehan Secara Pembelian Darurat
    • Pengurusan Pembayaran
    • Penerimaan Barangan
    • Penstoran/ Penyimpanan Barangan
    • Pengeluaran Barangan
    • Pengendalian Ubat Bertarikh Luput/ Lambat Bergerak
    • Pelupusan Barangan
    • Pemeriksaan dan Verifikasi Stok
    • Pengendalian Aduan Produk dan Panggil Balik Produk

PIAGAM PELANGGAN

FARMASI PESAKIT LUAR

  • Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
  • Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.

FARMASI PESAKIT DALAM

  • Memastikan pembekalan ubat ke wad/ unit bagi preskripsi/ pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam dalam waktu pejabat.

FARMASI LOGISTIK

  • Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
  • Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 2 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.

Cetak