PENGENALAN

Unit CSSU Hospital Sungai Siput telah mula beroperasi pada Febuari 1996. CSSU beroperasi mengikut waktu pejabat dan pada hari kelepasan am 8.00 pagi hingga 1.00  petang. CSSU Hospital Sungai Siput terletak di bahagian belakang Dewan Bedah, Bersebelahan dengan Makmal,dan Jabatan Pesakit Luar .

VISI, MISI & OBJEKTIF

MISI

Memberi perkhidmatan pensterilan yang produktif, berkualiti dan infeksi terkawal.

VISI

Unit Bekalan Steril akan menentukan perkhidmatan pensterilan bermutu tinggi menggunakan teknologi terkini dalam pencegahan infeksi.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan yang memuaskan ,mencukupi  dan bebas dari  jangkitan
  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik pada pelanggan dengan membekalkan Peralatan yang sterile mengikut standart peralatan melalui proses pensterilan yang berkesan dalam dan mengurangkan jangkitan di Hospital.

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

  1. Aktiviti Semak dan kutip peralatan kotor
  2. Proses Kerja Pengasingan,pencucian dan pengeringan peralatan.
  3. Pencucian set set di lakukan secara manual
  4. Proses Kerja Penyediaan dan Pembungkusan
  5. Proses Kerja Pemantauan Mesin Otokleb
  6. Proses Kerja Penyimpanan Barang-barang steril. Aktiviti 6 : Proses Kerja Rekod Inventori Harian
  7. Proses Kerja Edaran Peralatan Sterindalian alat-alat sterile di unit CSSU
  8. Membekalkan dan mengedarkan set set sterile kepada semua unit
  9. Membekalkan dan mengedarkan ‘soft dressing’ kepada semua unit
  10. Menerima set set bersih dari klinik untuk di sterilize.

POLISI UNIT

a) Jangka hayat set bergantung kepada keadaan set ( Event Related).

  • Bungkusan set tidak basah
  • Bungkusan set tidak koyak
  • Bungkusan set tidak kotor
  • Bungkusan set tidak berhabuk

PIAGAM PELANGGAN

  • Kami berjanji memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan cepat dan mesra;.
  • Memastikan alat-alat yang dibekalkan dalam keadaan steril;

Objekktif kajian:

Untuk  mengetahui tahap kepuasan pelangan terhadap perkhidmatan dan layanan yang di berikan semasa berurusan dengan CSSU. Kumpulan sasaran adalah staf yang bertugas di wad ,jabatan pesakit luar dan kecemasan Matlamat dan outcome hasil kajian:

Set dan barang-barang yang dibekalkan dari unit ini dijanjikan 100% sterile dan selamat digunakan mengikut prosedur serta standard yang ditetapkan.Keadaan    steriliti tertakluk kepada tarikh simpanan  barang-barang dan set-set yang telah disediakan.Peralatan yang telah digunakan  di kutip,din asingkan dan di cuci  bermula pukul 8.00 pagi di semua unit   mengikut jadual yang ditetapkan.Peralatan dan pembekalan yang telah disterilekan    akan dibekalkan  mengikut pesanan . Peralatan dari Dewan Bedah akan di proses 98%  pada hari yang sama.

   

 

 


Cetak