PENGENALAN

Unit Penolong Pegawai Perubatan merupakan unit yang bertanggungjawab kepada penyeliaan dan pemantauan semua aktiviti perkhidmatan melibatkan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Sungai Siput. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 yang bertindak sebagai Penyelia Hospital dan dibantu oleh 3 orang Penolong Pegawai Perubatan U32.

OBJEKTIF

  • Memastikan perlaksanaan polisi dan dasar Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Memastikan pengawalan amalan klinikal dan penguatkuasaan Akta Perubatan, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, Akta 180.
  • Memastikan pematuhan kepada Kod Etika Pembantu Perubatan dan Peraturan –peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan dan hal ehwal, kebajikan, sumber tenaga dan perkembangan kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
  • Memastikan pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan, Pembelajaran Perubatan Berterusan (CME) dan Perkembangan Profesional Berterusan (CPD) untuk anggota dibawah jagaan.
  • Memastikan pengurusan Peningkatan Kualiti Menyeluruh dan Berterusan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

MATLAMAT

Memastikan pengurusan penempatan, latihan, sumber tenaga dan agenda perkembangan profesion Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan dengan efektif setiap masa.

SKOP PERKHIDMATAN

Menyedia, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti Unit di mana terdapatnya penempatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan seperti berikut:-

  1. Unit Penolong Pegawai Perubatan
  2. Unit Kecemasan & Trauma
  3. Unit Pesakit Luar
  4. Unit Forensik
  5. Klinik Pakar
  6. Unit Hemodialisis
  7. Wad Kenanga 1
  8. Wad Kenanga 2
  9. Wad Melor
  10. Wad Kenanga 3
  11. Unit Fisioterapi
  12. Unit Patologi Dan Tabung Darah
  13. Unit Radiologi
  14. Unit Farmasi Dan Bekalan
  15. Dewan Bedah / CSSU

 KURSUS DAN LATIHAN

Merujuk kepada polisi Unit Penyeliaan :

Nombor Polisi : HS 024 Tarikh Semakan : 31 Mei 2019 Versi : 01/2019

  • Semua anggota baru akan diberi orientasi berkaitan dengan skop tugas dan tanggungjawab di unit masing-masing serta penerangan mengenai Organisasi Hospital secara keseluruhan.
  • Semua anggota yang berkelayakan digalakkan menjalani latihan Pos Basik.
  • Program Pendidikan Berterusan (CME) akan diadakan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Semua anggota di bawah jagaan akan diberi latihan/ kursus mengikut keperluan perkhidmatan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

Penolong Pegawai Perubatan akan merekod segala aktiviti latihan yang di hadiri didalam Sistem My-CPD Kementerian Kesihatan Malaysia.

 AKTIVITI-AKTIVITI UNIT PENYELIAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

  1. Aktiviti-aktiviti bagi perkhidmatan berjalan seperti biasa mengikut jadual setiap unit.Lain-lain aktiviti yang dijalankan ialah program CME PPP ( setiap bulan), Selain dari aktiviti perawatan pesakit, kakitangan dibawah Unit Penyeliaan juga terlibat dalam aktiviti sosial yang dianjurkan pihak Hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri .Berikut adalah aktiviti sosial yang melibatkan kakitangan dibawah Unit Penyeliaan :
  • Larian 10000 langkah
  • Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Hospital
  • Sambutan Hari Pembantu Perubatan
  • Sambutan Hari Pembantu Perubatan Kesihatan
  • Jamuan Raya
  • Program berkhatan

         


Cetak