PENGENALAN

Unit utama yang merupakan nadi perjalanan sesebuah hospital iaitu Unit Pengurusan Pentadbiran ini mempunyai 7 komponen utama iaitu Pentadbiran, Sumber Manusia, Latihan, Pengurusan Aset, HRMIS, Keselamatan dan Pengurusan Kuarters & Asrama Jururawat. 

Objektif utama program ini adalah untuk mempermudahkan dan menyokong pencapaian dasar dan objektif hospital dengan memberi bantuan kepada program-program lain melalui penyediaan sistem perkhidmatan yang cekap dan berkesan dari segi pengurusan sumber manusia, pentadbiran, pengurusan maklumat, pembangunan kompetensi dan latihan.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Mewujudkan sebuah pengurusan yang cekap dan cemerlang dalam bidang pentadbiran pejabat dari segi penyediaan: -

  • Perkhidmatan yang bermutu, bersistem dan proaktif terhadap semua anggota hospital dan berdedikasi serta komited terhadap tugas dalam melaksanakan tugas harian serta menerapkan konsep-konsep berkualiti, penyayang dan mesra.

MISI

Mengamalkan prinsip-prinsip perkhidmatan yang berdedikasi, amanah dan sentiasa mengutamakan tugas yang diamanahkan di samping mewujudkan: -

  • Persekitaran kerja yang bersih dan tersusun.
  • Memahami dan memenuhi keperluan pengurusan.

OBJEKTIF

Memberi 100% kepuasan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

PERJAWATAN

Unit Sumber Manusia menguruskan hal-hal perjawatan bagi seluruh Hospital Sungai Siput. Ini termasuklah memastikan rekod – rekod perjawatan sentiasa dikemaskini dan menguruskan permohonan jawatan baru, tetap, sambilan dan kontrak.  Ianya merangkumi juga bagi perlantikan baru, pertukaran masuk dan keluar, kenaikan pangkat, persaraan dan kematian.

 SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

1. Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia

Fungsi teras Unit Sumber Manusia merangkumi pelan strategik sumber manusia, perancangan sumber manusia jangka panjang, penyusunan struktur organisasi dan kajian perjawatan  / skim – skim perkhidmatan, pengambilan, pusingan kerja, pengurusan prestasi, kemajuan kerjaya, pembangunan modal insan, pengurusan saran dan kemudahan, pengurusan psikologi dan kaunseling, pengurusan disiplin, pengiktirafan dan ganjaran kebajikan pekerja dan pelaksanaan modul dan submodul HRMIS dan urusetia mesyuarat – mesyuarat utama berkaitan dengan pengurusan sumber manusia.

 Sumber Manusia berperanan melaksanakan fungsi pengurusan sumber manusia selaras dengan dasar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.  Dalam melaksanakan fungsi – fungsi pengurusan sumber manusia, unit Sumber Manusia perlu kreatif dan inovatif untuk memenuhi keperluan organisasi dan ekpektasi stakeholders.

 2. Pengurusan Pentadbiran

Fungsi utama Unit Pentadbiran adalah mengendalikan urusan pentadbiran secara am seperti surat–menyurat, Pengurusan Fail, Pengurusan Aset & Stor, Keselamatan Hospital, Pengurusan Kenderaan, Pengurusan Kad Perakam Waktu, Pengurusan Kuarters dan Pengurusan Aduan.

PIAGAM PELANGGAN UNIT PENGURUSAN PENTADBIRAN

Kami Berjanji Untuk Memberikan Perkhidmatan Secara Profesional, Selamat, Mesra, Penyayang Dan Berkualiti.

  • Memberi layanan yang mesra, perkhidmatan yang cekap dan tepat.
  • Menguruskan pengurusan sumber manusia yang tepat, cepat dan cekap mengikut peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa.
  • Menguruskan pengurusan kewangan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
  • Menguruskan pengurusan pembangunan projek mengikut prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
  • Memberi khidmat pengurusan keselamatan bagi menjamin tahapnya sentiasa di peringkat yang tinggi.
  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan


 


Cetak