PENGENALAN

Unit ini bernaung di bawah Pengurusan Pentadbiran yang terdiri daripada 2 komponen utama iaitu Kewangan dan Hasil.  Objektif utama program adalah untuk mempermudahkan dan menyokong pencapaian dasar dan objektif hospital dengan memberi bantuan kepada program-program lain melalui pengendalian perakaunan berkomputer, mengawal selia peraturan perbelanjaan serta kutipan hasil mengikut peraturan-peraturan selaras Arahan Perbendaharaan Pekeliling Kewangan dan Perakaunan dan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) yang sedang berkuatkuasa.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Mewujudkan sebuah pengurusan peruntukan disamping perakaunan berkomputer yang cekap dan cemerlang demi mencapai objektif hospital.

MISI

Mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan kewangan yang terbaik serta memastikan kutipan hasil dapat dilaksanakan selaras arahan yang sedang berkuatkuasa.

OBJEKTIF

Memastikan pengurusan dan perbelanjaan kewangan jabatan digunakan secara berhemah serta mengikut peraturan.

FUNGSI UTAMA

  1. Menguruskan pembayaran bekalan dan perkhidmatan, kontrak, elaun lebih masa, tuntutan perjalanan dan lain-lain perbelanjaan.
  2. Mengurus emolumen bagi semua anggota Hospital Sungai Siput
  3. Mengendalikan Terimaan bayaran dan mengeluarkan resit rasmi perbendaharaan serta memproses penyata pemungut.
  4. Memastikan penyata terimaan dan bayaran amanah, baki pendeposit diselenggara dengan tepat dan mengikut peraturan.
  5. Menerima waran peruntukan dan membuat pecahan perbelanjaan mengikut peraturan kewangan.
  6. Menyediakan semua Laporan Akaun Bulanan, Laporan Flimsi Perbelanjaan Mengurus dan Hasil, Laporan e-Perolehan ke Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut tarikh yang ditetapkan.
  7. Memastikan Panjar Wang Runcit digunakan secara optima dan Sijil Panjar disediakan setiap tahun.
  8. Memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan dan mengikut peraturan kewangan.
  9. Menguruskan perolehan bekalan dan aset alat perubatan dan bukan perubatan.
  10. Menguruskan proses sebutharga mengikut peraturan dan pekeliling perbendaharaan.

PERKHIDMATAN KAUNTER YANG DISEDIAKAN

1. Perkhidmatan kaunter di Unit Hasil – urusan pembayaran bil hospital sebelum pesakit pulang ke rumah/ pesakit dipindahkan ke hospital rujukan (berpakar)

2. Perkhidmatan kaunter di Unit Kewangan – urusan pertanyaan mengenai hal ehwal kewangan termasuk tuntutan perubatan, elaun lebih masa, bantuan upah jahit dan lain-lain.

  


Cetak