PENGENALAN

Unit Pesakit Dalam terdiri daripada 4 buah wad yang boleh menampung sebanyak 93 buah katil. Unit Pesakit Dalam adalah terdiri Wad Kenanga 1 , Wad Kenanga 2 , Wad Melor dan Wad Kenanga 3 serta Labour Room . Wad –wad ini terletak di blok kedua di sepanjang laluan utama. Wad Kenanga 1 dan Wad Kenanga 2 berhadapan dengan Unit Farmasi Pesakit Luar manakala Wad Melor dan Wad Kenanga 4 berhadapan dengan Unit Patologi dan Bilik Bedah.

Unit kejururawatan diterajui  oleh seorang Penyelia Jururawat U36  selaku Ketua Penyelia Jururawat Hospital yang bertanggung jawab dalam melaksanakan segala pengurusan dan pentadbiran kejururawatan bagi semua kategori  anggota kejururawatan di Hospital Sg Siput  dengan dibantu oleh  seorang Penyelia Jururawat Gred U36 sebagai Penyelia Kawasan . Selain daripada itu juga ia mempunyai  7 orang Ketua Jururawat Gred U32 yang bertanggungjawab menguruskan   wad-wad dan  beberapa unit kecil  seperti CSSU, Klinik Pakar, Unit Kualiti dan Dewan Bedah.                            

Perkhidmatan perawatan pesakit dalaman adalah menjadi tonggak utama kepada perkhidmatan kejururawatan di hospital ini. Mempunyai Jumlah yang terbesar iaitu seramai 89 orang sekali  gus telah  menjadikan  anggota kejururawatan merupakan aset sumber manusia terbesar yang terlibat secara langsung memberi dalam penyalurkan perkhidmatan kesihatan . Mereka juga berganding bahu dengan semua unit sokongan lain di  Hospital ini kearah memenuhi visi,misi dan objektif organisasi dalam memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat sekitarnya.

Jururawat- jururawat yang telah mengikuti kursus pengkhususan posbasik akan ditempatkan mengikut kepakaran masing-masing. Ini adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kejururawatan. Penempatan Jururawat mengikut keperluan diwad/unit dan juga klinik yang terlibat.

VISI /MISI/OBJEKTIF KEJURURAWATAN

VISI KEJURURAWATAN

Memberi khidmat perawatan secara holistik bagi meningkatkan status kesihatan yang berkualiti dengan berlandaskan Budaya Penyayang ,Kerja Berpasukan dan Profesionalisma seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

MISI KEJURURAWATAN

 Kami akan bekerja secara berpasukan dengan anggota kesihatan yang lain,pesakit ,keluarga dan masyarakat untuk memberi perawatan yang berkualiti

 Kami juga akan menyediakan perkhidmatan  penyayang , persekitaran yang selesa dan selamat dan kepada semua pesakit.

 Kami bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang berdasarkan peraturan –peraturan dan etika  kejururawatan

OBJEKTIF KEJURURAWATAN           

  i.   OBJEKTIF UTAMA

 Untuk memberikan perkhidmatan kejururawatan yang bersesuaian ,kompeten dan efisen.

 ii. OBJEKTIF AM

  • Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran terkini bagi setiap jururawat untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.
  • Memberikan perkhidmatan berkualiti, selamat, efektif dan efsyen kepada semua pelanggan.
  • Mengamalkan sikap penyayang, kerja berpasukan dan menjalankan tugas secara profesional.
  • Melibatkan diri dalam kajian kejururawatan bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kejururawatan.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai untuk semua anggota kejururawatan.
  • Mempetingkatkan pengetahuan pelanggan dengan memberikan pendidikan kesihatan yang berkesan kepada pesakit dan keluarga.

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

  • Memberi perawatan kejururawatan yang berkualiti
  • Memberi etika dan tingkah laku yang professional sentiasa diamalkan dikalangan para jururawat.
  • Memastikan perawatan yang diberi boleh diterima, selamat dan optima.
  • Pengurusan sumber manusia kejururawatan dan anggota sokongan yang berkaitan .
  • Memastikan semua anggota kejururawatan mendapat pendidikan dan latihan yang sesuai supaya dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan.
  • Unit beroperasi mengikut waktu pejabat.
  • Unit menyediakan perkhidmatan penyeliaan kejururawatan 24 jam melalui Ketua Jururawat atas panggilan.
  • Menguruskan CSSU.

 Lokasi perkhidmatan melibatkan peranan Jururawat merangkumi :-

  1. Wad Multidisiplin  Lelaki
  2. Wad Multidisiplin Perempuan
  3. Wad Paediatrik
  4. Wad Obstetrik dan Ginekologi
  5. Lain-lain :-
  • Unit Kualiti
  • Unit Kawalan Infeksi
  • Pengurusan Diabetik
  • Klinik Pakar
  • Unit Kecemasan & Trauma
  • Unit Pesakit Luar
  • Unit CSSU
  • Bewan Bedah
  • Unit Heamodialysis
  • Walk In Blood Donor
  • Mobile Team (Blood Donor)
  • Unit Pengambilan darah
  • Screening Retinopathy dikalangan pesakit Diabetic Mellitus
  • Locum

AKTIVITI-AKTIVITI  UNIT PENYELIAAN KEJURURAWATAN

Aktiviti kualiti perkhidmatan kejururawatan ini diwujudkan sebagai satu usaha dan panduan untuk meningkatkan keberkesanan dan penglibatan anggota kejururawatan dalam aktiviti kualiti peringkat wad, unit sebagai sokongan kearah pencapaian objektif pengurusan sistem kualiti peringkat Hospital:

  • Menggembling sepenuhnya tenaga kerja kejururawatan dalam penglibatan aktiviti kualiti di peringkat Unit/ Wad.
  • Memberi focus kepada pembangunan sistem – system dan proses – proses kerja yang berkualiti.
  • Menekankan proses penambahbaikan dan berterusan (continuous improvement). Proses ini mengandungi tindakan – tindakan strategik yang dirancang dengan teliti dan berorientasikan matlamat jangka panjang dapat dicapai diperingkat Unit / Wad.
  • Merancang, menganjur dan mengelolakan program pendidikan kejururawatan.
  • Mengatur penempatan anggota kejururawatan yang baru melapor diri dan bertukar masuk ke hospital ini.
  • Menyampaikan kepada semua anggota kejururawatan tentang maklumat terkini kemajuan dan perubahan dibidang kejururawatan dari masa kesemasa.
  • Mengedarkan surat perkeliling berkenaan, surat pengumuman untuk perhatian anggota kejururawatan sebagai makluman dan tindakan.
  • Menentukan anggota kejururawatan yang berkelulusan dibidang tertentu ditempatkan / digunakan di unit berkenaan.
  • Mengemaskini rekod semua kategori anggota kejururawatan.
  • Menyalurkan arahan/garispanduan /prosedur berkaitan dengan perkhidmatan kejururawatan yang dikeluarkanoleh Cawangan Jururawat dan Kementerian Kesihatan.
  • Menerima arahan dari Kolej Kejururawatan /Unit Latihan jika ada perubahan yang perlu mengenai isu-isu penempatan pelatih.
  • Memastikan semua anggota kejururawatan mengisi boring untuk pengamalan Jururawat setiap tahun.
  • Memastikan laporan bulanan dihantar keibu pejabat minggu pertama setiap bulan

CARTA ORGANISASI


Cetak