Perutusan Pengarah

   

DR. LIAW KOK TOON AMP. MBBS.

PERUTUSAN PENGARAH HOSPITAL SUNGAI SIPUT

Salam Sejahtera, Salam 1-Malaysia dan Salam Perak Amanjaya,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Hospital Sungai Siput kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi sepatah dua kata dalam Perutusan Pengarah, Hospital Sungai Siput sempena saya mengambil alih tugas di sini bermula 16hb Mei 2013. Syabas dan tahniah kepada semua anggota atas komitmen kamu semua supaya dapat menaikkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di Hospital Sungai Siput yang pastinya memberi manfaat yang besar kepada rakyat sejahtera.


Sesungguhnya dengan komitmen padu anggota hospital yang melibatkan pelbagai kategori dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai tentang masalah penyakit serta penyebaran informasi terkini kepada masyarakat umum yang mana, sekiranya tiada komitmen ini, mungkin masyarakat umum masih tidak sedar situasi masaalah penyakitnya dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Seterusnya dengan ada kesedaran masyarakat umum terhadap penyakitnya dan rawatan yang diperlukan, kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan.


Oleh yang demikian, saya amat berharap agar kerjasama yang erat dan padu dapat diberikan oleh semua kategori untuk memastikan usaha murni ini dapat berjalan dengan lancar. Kerjasama yang efektif sudah semestinya memerlukan kolabrasi yang bermakna dan berterusan dari semua pihak.
As a Director of Hospital, I sincerely appreciate and applaud the pro-active action by all the staff of Hospital Sungai Siput to provide up-to-date medical management and information towards better health to all category of people, without fear or favour.
Akhir kata, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua warga Hospital Sungai Siput kerana sentiasa berinovasi, melalui Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategy), bagi meningkatkan lagi mutu dan taraf perkhidmatan kesihatan memandangkan kesihatan adalah tanggungjawab bersama.


Sekian, terima kasih.


DR. LIAW KOK TOON AMP. MBBS.
PENGARAH HOSPITAL
HOSPITAL SUNGAI SIPUT