• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Farmasi & Bekalan

Unit Farmasi & Bekalan

PENGENALAN

Unit Farmasi dan Bekalan merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang ditubuhkan bersama penubuhan Hospital Sungai Siput pada tahun 1995. Unit ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam, dan Farmasi Logistik.

VISI, MISI, OBJEKTIF DAN PIAGAM PELANGGAN

Visi

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

Misi
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

  • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
  • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii)  Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • mengutamakan pelanggan
  • saksama tidak membebankan
  • cekap wajar mengikut teknologi
  • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • inovatif

iii) dengan menekankan:

  • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
  • sifat menghormati maruah insan
  • penglibatan masyarakat

OBJEKTIF

  1. Untuk memastikan penggunaan ubat-ubatan adalah berkualiti, selamat dan berkesan di Hospital Sungai Siput dengan menggalakkan penggunaan ubat berdasarkan bukti dan memberi terapi yang berkeberkesanan kos (‘cost-effective’) serta membekalkan maklumat ubat-ubatan yang berdasarkan bukti.
  1. Menguruskan perolehan dan stok secara bersih, cekap, amanah, berkesan dan paling ekonomi tanpa menjejaskan kualiti ubat dan bukan ubat dengan mematuhi prosedur kewangan dan perolehan kerajaan. Memastikan stok sentiasa ada dan tidak berlebihan serta memenuhi kehendak pelanggan.

STRATEGI

Berdasarkan kepada hasrat Dasar Ubat Nasional (DUNAS), Unit Farmasi dan Bekalan Hospital Sungai Siput telah menyusun strategi supaya dapat meningkatkan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti, selamat dan berkesan melalui:-

  1. Memastikan ubat-ubatan yang digunakan adalah selamat mengikuti keperluan perundangan ubat-ubatan sedia ada dan telah mendapat kepastian kualiti farmaseutikal;
  2. Menambahbaik pengurusan perolehan secara berterusan melalui penggunaan sumber-sumber kewangan secara optimum;
  3. Membekalkan maklumat ubat-ubatan yang bebas dan berdasarkan bukti (‘evidence-based’) kepada pengamal penjagaan kesihatan, pesakit dan orang awam; dan
  4. Menubuhkan Jawatankuasa Ubat dan Terapeutik di peringkat hospital.

PIAGAM PELANGGAN

Farmasi Pesakit Luar

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

  1. Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
  2. Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.

Farmasi Pesakit Dalam

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

Memastikan pembekalan ubat ke wad/ unit bagi preskripsi/ pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam dalam waktu pejabat.

Farmasi Logistik

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

  1. Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
  2. Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 2 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.

FUNGSI UMUM UNIT FARMASI

  • Membekalkan ubat-ubatan kepada kesemua pesakit di Hospital Sungai Siput dan memberi maklumat tentang ubat-ubatan yang lengkap dan tepat.
  • Memberi perkhidmatan kaunseling tentang penggunaan dan pengambilan ubat-ubatan tertentu kepada pesakit yang memerlukannya.
  • Menyediakan sediaan ubat secara ekstemporaneous bagi ubat-ubatan yang tertentu.


WAKTU OPERASI/ PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PESAKIT

Waktu Operasi : 7.30pagi – 5.00petang
Waktu ‘Extended’: 6.00petang – 9.00malam

(Hanya untuk preskripsi dari unit kecemasan dan lokum, ubat bagi bekalan susulan tidak dilayan.)

Perkara yang perlu dilakukan oleh pesakit sebelum datang ke unit farmasi:

  • Membawa dan menunjukkan preskripsi yang sah untuk tujuan pengambilan ubat
  • Membawa dan menunjukkan ‘Kad Hijau’ yang telah dikeluarkan oleh unit farmasi sekiranya mengambil ubat pakar.
  • Membawa dan menunjukkan bekas lama ubat bagi ubatan yang dibekalkan berdasarkan ‘exchange basis’, contohnya inhaler.
  • Membawa botol warna ‘amber’ yang dibekalkan oleh unit farmasi bagi pengambilan ubat bawah lidah GTN.
  • Membawa beg sendiri sempena Kempen Kurang Penggunaan Beg Plastik.

SENARAI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH UNIT FARMASI

  • Perkhidmatan Pembekalan Ubat Kepada Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Pembekalan Ubat Kepada Pesakit Dalam
  • Perkhidmatan Kaunseling Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Kaunseling Pesakit Dalam (Discaj)
  • Perkhidmatan Kaunseling ‘Bedside’ (‘Bedside Counselling’)
  • Perkhidmatan Pengambilan Ubat Secara Kad Temujanji (Mengikut syarat tertentu)
  • Perkhidmatan Pengambilan Ubat Secara SPUB (Sistem Pengambilan Ubat Bersepadu)
  • Perkhidmatan Pembekalan Maklumat Ubat-ubatan Kepada Orang Awam dan Staf Kesihatan (atas pertanyaan/ permintaan)
  • Perkhidmatan Pendidikan Kesihatan tentang Penggunaan Ubat kepada Orang Awam
  • Perkhidmatan MTAC Diabetes (‘Medication Therapy Adherence Clinic’) (Mulai Julai 2011)