• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Pentadbiran & Sumber Manusia

Unit Pentadbiran & Sumber Manusia

PENGENALAN UNIT PENTADBIRAN

Unit ini diri daripada 6 bahagian iaitu Sumber Manusia, Pentadbiran, Latihan, Pengurusan Aset, HRMIS dan Pengurusan Kuarters & Asrama. Objektif utama program ini adalah untuk mempermudahkan dan menyokong pencapaian dasar dan objektif Hospital dengan memberi bantuan kepada program-program lain melalui penyediaan sistem perkhidmatan yang cekap dan berkesan dari segi pengurusan sumber manusia, pentadbiran, pengurusan maklumat, pembangunan kompetensi dan latihan .

OBJEKTIF UNIT

Mewujudkan sebuah pengurusan yang cekap dan cemerlang dalam bidang pentadbiran pejabat dari segi penyediaan:

  • Perkhidmatan yang bermutu, bersistem dan proaktif terhadap semua kakitangan hospital dan berdedikasi serta komited terhadap tugas dalam melaksanakan tugas harian serta menerapkan konsep-konsep berkualiti, penyayang dan mesra.

MISI

Mengamalkan prinsip-prinsip perkhidmatan yang berdedikasi, amanah dan sentiasa mengutamakan tugas yang diamanahkan di samping mewujudkan:

  1. Persekitaran kerja yang bersih dan tersusun
  2. Kakitangan yang terlatih dan berdisiplin
  3. Memahami dan memenuhi keperluan pengurusan

PROFIL UNIT

Unit Sumber Manusia terdiri daripada :-

  • Perjawatan
  • HRMIS (Human Resources Management Information System)
  • Perkhidmatan

OBJEKTIF

Memberi 100% kepuasan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.

SKOP PERHIDMATAN

Objektif utama Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) adalah untuk menyediakan khidmat sokongan dan nasihat yang cekap dan berkesan dalam pengurusan agar semua aktiviti dalam Hospital Sungai Siput boleh dilaksanakan secara professional ke arah mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan. BKP juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan dapat disediakan bagi membolehkan setiap bahagian berfungsi dengan baik.

 Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah :

  • Perhimpunan Bulanan
  • Pengurusan Kuarters Kerajaan Persekutuan
  • Menguruskan Kenderaan Jabatan/Kad Minyak Dan Kad Touch & Go
  • Menguruskan Ahli Lembaga Pelawat
  • Pengurusan Aduan
  • Pengurusan Hari Bertemu Pelanggan
  • Pengurusan Kad Perakam Waktu
  • Pengurusan Stor Alat tulis Dan Stor Alat Cetak
  • Pengendalian Majlis – Majlis Rasmi Jabatan

PIAGAM PELANGGAN UNIT PENGURUSAN