Wad Melor

PENGENALAN      

Umumnya dahulu dikenali dengan nama Wad 3 (Pediatrik) kemudian diubah kepada Wad Melor, Wad kanak-kanak selaras dengan Polisi KKM untuk menyeragamkan semua wad yang beroperasi di Hospital di seluruh Malaysia. Wad Melor mempunyai 21 katil.

OBJEKTIF

  • Wad Melor 3 terletak di tempat yang sesuai untuk menerima dan memberikan perawatan kepada bayi yang baru lahir dan kanak-kanak hingga 12 tahun yang memerlukan rawatan institusi dan memastikan perkembangan tumbesaran yang normal.
  • Memberi kemudahan untuk diagnostik dan perkhidmatan pencegahan yang berpatutan, berkesan, bersesuaian dan selamat untuk kanak-kanak dalam masa berada di wad.
  • Bagi memulakan prosedur yang diperlukan bagi perawatan kanak-kanak dan penyembuhan yang sesuai, efektif, efisien dan cukup untuk meminimakan atau mengelak dari berlakunya komplikasi.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Memberi kemudahan untuk penilaian, diagnosis, rawatan kejururawatan dan pemulihan bagi bayi yang baru lahir dan kanak-kanak hingga 12 tahun yang memerlukan rawatan institusi.
  • Memberi pendidikan kesihatan dan bimbingan kaunseling kepada kanak-kanak, ibubapa dan penjaga.
  • Mengambil spesimen darah dari bayi dan kanak-kanak di wad dan juga dari Unit Pesakit Luar.
  • Melakukan prosedur resusitasi dan lain-lain rawatan kecemasan bagi menyelamatkan bayi dan kanak-kanak yang kritikal.
  • Memberi perkhidmatan 24 jam.