• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Klinikal-Pesakit Dalam
  • Kawalan Infeksi

Unit Kawalan Infeksi

PENGENALAN

Unit Kawalan Infeksi adalah satu perkhidmatan yang perlu ada didalam organisasi sesebuah  Hospital.Ianya diKetuai oleh Pengarah Hospital diikuti olehPegawai Perubatan, Pegawai Sains, Pegawai Farmasi, Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat  Kawalan Infeksi,Jurururawat Kawalan Infeksi dan Link Nurse.

Mula beroperasi secara aktif pada tahun 2003 dengan dianggotai oleh Ahli jawatankuasa dan link nurse.Unit Kawalan Infeksi dipengerusikan oleh Pengarah Hospital.

LOKASI

Lokasi unit kawalan Infeksi terletak dilaluan  diantara wad kenanga 3(maternity),wad Melor (Peadiatrik) dan klinik Pakar

VISI KAWALAN INFEKSI

MEMBERI SEPENUH KOMITMEN DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT BERKAITAN KAWALAN INFEKSI SUPAYA PESAKIT MENDAPAT PENJAGAAN YANG BERKUALITI DAN BEBAS DARI JANGKITAN

MISI KAWALAN INFEKSI

MENINGKATKAN KUALITI PERAWATAN PESAKIT MENERUSI KEFAHAMAN DAN KESEDARAN DIKALANGAN SEMUA ANGGOTA HOSPITAL TENTANG KAWALAN INFEKSI HOSPITAL.
 
OBJEKTIF KAWALAN INFEKSI

MEMASTIKAN 95% PESAKIT DAN ANGGOTA BEBAS DARI  JANGKITAN NOSOKOMIAL

OBJEKTIF  KUALITI KAWALAN INFEKSI

MEMASTIKAN KADAR  JANGKITAN  MRSA TIDAK MELEBIHI  0.4 % ( KADAR PIAWAIAN KEBANGSAAN)

SKOP PEKHIDMATAN

  • Meliputi rondaan wad/unit
  • Memberi ceramah,orientasi
  • Mengendalikan kemalangan needle stick Injury
  • Pemeriksaan  kesihatan anggota 40 tahun dan keatas
  • Program immunisasi  Hepatitis B untuk anggota Klinikal
  • Memastikan anggota menjalan tugas dengan mengamalkan standart precaution.
  • Menjalankan program pembelajaran berterusan (CME ) kepada anggota.

FUNGSI

Kawalan Infeksi Hospital Sungai Siput berfungsi untuk memantau unit dan wad dengan mengawasi dan memastikan prosedur dan garis panduan Kawalan Infeksi dipraktikkan dengan cara yang betul seperti:-

  • Prosedur aseptic
  • Rawatan pengasingan pesakit
  • Pengasingan sisa klinikal
  • Pencucian tangan yang betul.