• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Klinikal-Pesakit Luar
  • Haemodialisis

Unit Haemodialisis

PENGENALAN

Unit Haemodialisis Hospital Sungai Siput mula beroperasi pada 15hb. September 2005 dengan 5 orang pesakit dan dengan 4 unit mesin dialisis sahaja ( pesakit pesakit ini ditukarkan dari Hospital Ipoh) Perkhidmatan yang diberi adalah rawatan haemodialisis pada pesakit yang buah pinggang gagal berfungsi (End stage renal failure). Unit ini memberi perkhidmatan kepada pesakit di-sekitar kawasan daerah Sungai Siput,ini memudahkan mereka untuk mendapatkan rawatan kerana Pusat Rawatan Dialisis yang terdekat hanya di- Bandar Ipoh dan Kuala Kangsar sahaja.

Upacara pembukaan rasmi bangunan ini talah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Chua Soi Lek. Menteri Kesihatan Malaysia, pada hari khamis 18hb Mei 2006. Selepas pembukaan rasmi penambahan 4 unit mesin dialisis diperolehi.

OBJEKTIF

Memastikan 85% pesakit menerima rawatan dialysis tiga kali seminggu dan empat jam setiap sessi.

 AKTIVITI UTAMA

1.Rawatan Kronik Haemodialisis ( Long Term Haemodialisis) bagi pesakit bagi kes kegagalan buah pinggang (ESRF)

2. Klinik Pesakit Luar Nefrologi,khas untuk kes pesakit yang menjalankan rawatan dialisis di-Hospital Sungai Siput.Pakar Nefrologi dari Hospital Taiping membuat lawatan setiap 3 bulan sekali. Pakar Nefrologi boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja, jika ada kes kecemasan atau untuk mendapatkan nasihat.