PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 (P.U. (A) 324/2004)

PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2008 (P.U. (A) 315/2008)


SENARAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK


1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disco, kelab malam atau kasino,
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik,
3. Di dalam lif atau tandas awam,
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin,
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam,
6. Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta,
7. Di mana-mana kawasan lapangan terbang,
8. Di mana-mana kawasan premis kerajaan,
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan,
10. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan tinggi,
11. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak,
12. Di dalam bas sekolah,
13. Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos Malaysia,
14. Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah,
15. Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak,
16. Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium,
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan,
18. Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan,
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
20. Di mana- mana kawasan di dalam tempat latihan khidmat Negara.

 

1.             Di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater pada bila-bila mas apabila tempat itu dibuka kepada orang ramai kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino.

2.            Di dalam mana-mana hospital atau klinik

1.Di dalam mana-mana lif awam atau tandas awam

2.Di dalam mana-mana tempat makan berhawa dingin atau kedai berhawa dingin

3.Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam

4.Di dalam mana-mana lapangan terbang

5.Di dalam mana-mana premis kerajaan

6.Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian

7.Di mana-mana kawasan di dalam sesuatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.       

8.Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak

9.Di dalam mana-mana bas sekolah

10.Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatandi dalam mana-mana bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia Berhad.

11.Di dalam mana-mana kompleks membeli-belah

12.Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak

13.Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium

14.Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan

15.Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan

16.Di mana-mana kawasan di dalam suatu kafe internet atau,

17.Di mana-mana kawasaan di dalam Pusat Latihan Khidmat Negara.

 

 

Mana-mana orang yang didapati merokok dikawasan larangan merokok jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebehi RM10,000 atau dipenjarakan selam tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-dua nya sekali.

 

Sebarang aduan tuan/puan boleh berhubung dengan Unit Inspektorat Dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak di talian 05-2084200.


Cetak